Menyediakan Rancangan Secara Automatik
SETTINGS PERSEDIAAN Penalaan Auto
Menala rancangan secara automatik.
  1. Pilih Negara di mana TV digunakan. Tetapan rancangan berubah mengikut negara yang anda pilih. (Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.)
  2. Memulakan Penalaan Auto.
  3. Tetapkan Penalaan Auto mengikut arahan skrin berikut.
Jika Sumber Input tidak disambungkan dengan betul, pendaftaran rancangan tidak akan berfungsi.
Penalaan Auto hanya menetapkan rancangan yang sedang disiarkan.
Jika Kunci Sistem dihidupkan, tetingkap pop timbul akan muncul dan meminta kata laluan.
Untuk menggunakan Penalaan Manual
SETTINGS PERSEDIAAN Penalaan Manual
Melaras rancangan secara manual dan menyimpan hasilnya.
Bagi siaran digital, kekuatan isyarat dan kualiti isyarat boleh diperiksa.
[Ciri ini tersedia pada model tertentu sahaja.]
Anda juga boleh melaras Frekuensi(kHz) dan Jalurlebar.
Untuk mengedit rancangan
SETTINGS PERSEDIAAN Edit Rancangan
Mengedit rancangan yang telah disimpan.
Tetapkan sebagai rancangan kegemaran, sekat/buka sekatan rancangan, langkaui rancangan dsb, bagi rancangan yang dipilih.