Menyediakan Rancangan Secara Automatik
PERSEDIAAN Penalaan Auto
Menala rancangan secara automatik.
- Pilih Negara di mana TV digunakan. Tetapan rancangan berubah mengikut negara yang anda pilih. (Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.)
- Memulakan Penalaan Auto.
- Tetapkan Penalaan Auto mengikut arahan skrin berikut.
Jika Sumber Input tidak disambungkan dengan betul, pendaftaran rancangan tidak akan berfungsi.
Penalaan Auto hanya menetapkan rancangan yang sedang disiarkan.
Jika
Kunci Sistem dihidupkan, tetingkap pop timbul akan muncul dan meminta kata laluan.
Pilihan Tetapan DTV Kabel
Semasa mencari rancangan menggunakan tetapan PENUH ia akan mengambil masa yang panjang.
Nilai berikut diperlukan untuk mencari semua rancangan yang tersedia dengan cepat dan betul. Nilai yang biasa digunakan tersedia sebagai "lalai".
- Frekuensi
Masukkan frekuensi yang ditentukan pengguna. - Kadar simbol
Kelajuan pada peranti seperti modem menghantar simbol kepada rancangan. - Modulasi
Memuatkan isyarat audio atau video pada pembawa. - ID Rangkaian
Pengenal pasti yang unik diperuntukkan bagi setiap pengguna. - Frekuensi Mula
Masukkan julat frekuensi mula yang ditentukan pengguna. - Frekuensi Tamat
Masukkan julat frekuensi tamat yang ditentukan pengguna.
Pilihan Tetapan Satelit
- Satelit
Pilih Satelit yang dikehendaki. - Frekuensi LNB
[Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.]
Pilih satu nilai daripada 9750 / 10600, 9750 / 10750, 9750, 10600,10750, 5150, MDU1, MDU2, MDU3, MDU4, MDU5.
Jika anda memilih 9750 / 10600, 9750 / 10750(MHz), 22KHz Tone dinyahdayakan. Jika anda tidak boleh mencari nilai frekuensi LNB daripada senarai tersebut, pilih Pengguna dan masukkan frekuensi tersebut secara manual. - Transponder
Pilih transponder yang anda ingin menala. - 22KHz Tone
Semasa menggunakan suis 22KHz Tone, pilih A atau B. Jika anda menggunakan 22KHz Tone, Uni kabel dan Jenis Motor dinyahdayakan. - Kuasa LNB
Untuk mendayakan bekalan kuasa LNB, pilih Buka. Jika anda memilih Tutup, Jenis Motor dinyahdayakan. - DiSEqC
Semasa menggunakan DiSEqC, pilih satu tetapan daripada A~D / NadaA~B. Jika anda menggunakan DiSEqC, Uni kabel dan Jenis Motor dinyahdayakan. - Tetapan Unicable
Pilih Buka untuk menggunakan Uni kabel dan tetapkan Uni kabel dalam menu Tetapan Unicable. Semasa Uni kabel didayakan, 22KHz Tone, DiSEqC, Jenis Motor dinyahdayakan. - Jenis Motor
Pilih Jenis Motor untuk menggunakan Motor dan tetapkan Motor dalam menu Tetapan Motor. Semasa Motor didayakan, 22KHz Tone, DiSEqC, Unicable dinyahdayakan.
Jika anda menetapkan satelit kepada yang lain, anda mesti menambah transponder menggunakan Penalaan Manual atau Edit Transponder.
Semasa memilih 22KHz Tone dan DiSEqC, anda mesti menyambungkannya dalam kedudukan yang sama seperti yang dipaparkan pada OSD.
Jika anda memadam Satelit, semua rancangan yang disimpan dalam Satelit dipadam.
Pilihan Tetapan Motor
- DiSEqC 1.2
Kawal motor untuk menukar kedudukan piring satelit.
Arahan Memandu
Pilih arah yang anda hendak mengalihkan motor.
Mod Pandu
Dua mod tersedia : Langkah dan Berterusan.
- Langkah
Motor bergerak berdasarkan pada nilai yang anda masukkan (daripada 1 hingga 128). - Berterusan
Motor bergerak secara berterusan sehingga anda menekan Berhenti.
Pilih Uji TP yang anda hendak menala.
Tetapkan Had
Tetapkan pergerakan motor ke timur atau barat untuk menggerakkan motor hanya antara arah yang ditetapkan.
- Buka
Anda boleh hadkan pergerakan ke arah semasa dengan memilih Barat / Timur. - Tutup
Anda boleh membatalkan had yang anda tetapkan.
Anda boleh menggerakkan motor kepada Sifar.
Simpan
Anda boleh menyimpan arah semasa motor. - Langkah
- USALS
Tetapkan lokasi semasa anda (Longitud / Latitud).
Tetapan DTV Kabel
PERSEDIAAN Tetapan DTV Kabel
- Operator Perkhidmatan
Tetapkan Operator Perkhidmatan.
Semasa menukar Operator Perkhidmatan, rancangan sedia ada yang disimpan dipadamkan dan Penalaan Auto berjalan. - Kemas Kini otomatik Saluran
- Buka
Anda boleh mengemas kini maklumat bagi semua rancangan yang boleh dikemas kini, termasuk rancangan yang sedang ditonton. - Tutup
Anda hanya boleh mengemas kini maklumat untuk rancangan yang sedang ditonton.
- Buka
Julat yang boleh dipilih pengguna daripada menu Operator Perkhidmatan berbeza bergantung pada bilangan Operator Perkidmatan yang disokong oleh setiap negara.
Jika nombor yang disokong Operator Perkidmatan bagi setiap negara ialah 1, fungsi yang berkaitan menjadi tidak aktif.
Tetapan Satelit
PERSEDIAAN Tetapan Satelit
Anda boleh tambah / padam / tetapkan satelit yang anda kehendaki.
Edit Transponder
[Jika mod rancangan ditetapkan pada Satelit]
PERSEDIAAN Edit Transponder
Anda boleh tambah / ubah suai / padam transponder.
Untuk menggunakan Penalaan Manual
PERSEDIAAN Penalaan Manual
Melaras rancangan secara manual dan menyimpan hasilnya.
Bagi siaran digital, kekuatan isyarat dan kualiti isyarat boleh diperiksa.
[Ciri ini tersedia pada model tertentu sahaja.]
Anda juga boleh melaras Frekuensi(kHz) dan Jalurlebar.
Anda juga boleh melaras Frekuensi(kHz) dan Jalurlebar.
Untuk mengedit rancangan
PERSEDIAAN Edit Rancangan
Mengedit rancangan yang telah disimpan.
Tetapkan sebagai rancangan kegemaran, sekat/buka sekatan rancangan, langkaui rancangan dsb, bagi rancangan yang dipilih.