Memasangkan Alat Kawalan Jauh Magik
Anda mesti memasangkan Alat Kawalan Jauh Magik dengan LG Smart TV untuk menggunakannya.
Memasangkan Alat Kawalan Jauh sebelum menggunakannya seperti berikut:
Memasangkan Alat Kawalan Jauh sebelum menggunakannya seperti berikut:
- Hidupkan TV. Selepas kira-kira 10 saat, tuding alat kawalan jauh ke arah TV, kemudian tekan .
- Alat kawalan jauh akan didaftarkan secara automatik, dan mesej penyelesaian pendaftaran muncul pada skrin TV.
Jika anda gagal mendaftarkan Alat Kawalan Jauh Magik, matikan TV dan cuba lagi.
Mendaftarkan Semula Alat Kawalan Jauh Magik
- Tekan dan tahan butang
dan
bersama-sama selama kira-kira 5 saat.
- Tekan sambil menuding alat kawalan jauh ke arah TV untuk mendaftar semula Alat Kawalan Jauh Magik.
Tekan butang
dan
pada masa sama selama 5 saat untuk set semula Alat Kawalan Jauh Magik.


Tekan butang
selama kira-kira 5 saat sambil menuding alat kawalan jauh ke arah TV untuk set semula dan mendaftarkannya semula.

Menetapkan Penunjuk Alat Kawalan Jauh Magik


Di sini, anda boleh menetapkan kelajuan dan bentuk penunjuk semasa ia berada pada skrin.
Kelajuan Penjejakan | Menetapkan kelajuan penunjuk. |
Saiz | Memilih saiz penunjuk. |
Jika penunjuk tidak digunakan dalam tempoh tertentu, penunjuk akan hilang. Apabila penunjuk hilang dari skrin, goncang Alat Kawalan Jauh Magik ke kanan dan kiri. Penunjuk akan muncul kembali.
Jika penunjuk tidak memberi tindak balas dengan lancar, anda boleh set semula penunjuk dengan menggerakkannya ke tepi skrin.
Penunjuk akan hilang jika anda tekan butang atas, bawah, kiri atau kanan, dan alat kawalan jauh akan berfungsi sebagai alat kawalan jauh konvensional.
Gunakan alat kawalan jauh dalam julat ditentukan (dalam 10 meter). Anda mungkin mengalami kegagalan komunikasi apabila menggunakan peranti di luar kawasan liputan atau jika terdapat halangan dalam kawasan liputan.
Anda mungkin mengalami kegagalan komunikasi apabila menggunakan aksesori. Peranti seperti ketuhar gelombang mikro dan LAN wayarles beroperasi dalam jalur frekuensi yang sama (2.4 GHz) seperti Alat Kawalan Jauh Magik. Ini boleh menyebabkan kegagalan komunikasi.
Impaknya boleh menyebabkan malfungsi kepada Alat Kawalan Jauh Magik.
Berhati-hati agar tidak melanggar perabot, kelengkapan elektronik atau orang lain berdekatan apabila menggunakan Alat Kawalan Jauh Magik.