Untuk menukar mod TV

Pilih Standard atau Simpan.
Untuk kegunaan di rumah, pilih Standard.
Simpan adalah mod yang digunakan untuk paparan kedai.
Untuk menggunakan kaedah ISM

Fungsi ini menghilangkan imej melekat yang disebabkan oleh paparan imej statik yang berpanjangan.
- Biasa : Meminimumkan imej yang melekat dengan merendahkan kecerahan beransur-ansur ketika memaparkan imej statik dan dengan meninggikan kecerahan ketika memaparkan imej bergerak.
- Orbiter : Meminimumkan imej yang melekat dengan menggerakkan imej pada skrin ke kiri, kanan, atas atau bawah setiap 2 minit.
- Colour Wash : Menghilangkan imej yang melekat dengan menggerakkan setiap piksel dalam corak tertentu pada skrin dalam jangka masa yang tertentu. Sila gunakan fungsi ini untuk menghilangkan imej yang melekat sementara.
Imej yang melekat diketahui ramai pada TV plasma apabila ia memaparkan imej statik dalam jangka masa yang panjang. Kaedah ISM melambatkan kesan imej yang melekat; ia tidak menghalang fenomena ini sepenuhnya. Sila gunakan fungsi ini dengan berhati-hati.
Untuk kembali ke tetapan asal

Memadamkan semua tetapan pilihan dan kembali ke mod lalai asal.
Setelah pemulaan selesai, TV akan dimatikan dan dihidupkan dengan sendirinya.
Jika Kunci Sistem diaktifkan, pop timbul gesaan kata laluan akan muncul.
Jangan matikan kuasa semasa permulaan.