Menyediakan Rancangan Secara Automatik
This is the Home button on the Magic remote control. Tetapan PERSEDIAAN Penalaan Auto
Menala rancangan secara automatik.
  1. Pilih Negara di mana TV digunakan. Tetapan rancangan berubah mengikut negara yang anda pilih.
  2. Memulakan Penalaan Auto.
  3. Pilih Sumber Input pilihan anda.
  4. Tetapkan Penalaan Auto mengikut arahan skrin berikut.
Jika Sumber Input tidak disambungkan dengan betul, pendaftaran rancangan tidak akan berfungsi.
Penalaan Auto hanya mencari rancangan yang sedang disiarkan.
Jika Kunci Sistem dihidupkan, tetingkap pop timbul akan muncul dan meminta kata laluan.
Pilihan Tetapan DTV Kabel
Semasa mencari rancangan menggunakan tetapan PENUH ia akan mengambil masa yang panjang.
Nilai berikut diperlukan untuk mencari semua rancangan yang tersedia dengan cepat dan betul. Nilai yang biasa digunakan tersedia sebagai "lalai".
Frekuensi Masukkan frekuensi yang ditentukan pengguna.
Kadar simbol Kelajuan pada peranti seperti modem menghantar simbol kepada rancangan.
Modulasi Memuatkan isyarat audio atau video pada pembawa.
ID Rangkaian Pengenal pasti yang unik diperuntukkan bagi setiap pengguna.
Frekuensi Mula Masukkan julat frekuensi mula yang ditentukan pengguna.
Frekuensi Tamat Masukkan julat frekuensi tamat yang ditentukan pengguna.
Pilihan Tetapan Satelit
Satelit Pilih Satelit yang dikehendaki.
Frekuensi LNB [Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.]
Pilih satu nilai daripada 9750 / 10600, 9750 / 10750, 9750, 10600,10750, 5150, MDU1, MDU2, MDU3, MDU4, MDU5.
Jika anda memilih 9750 / 10600, 9750 / 10750(MHz), Nada 22kHz dinyahdayakan. Jika anda tidak boleh mencari nilai frekuensi LNB daripada senarai tersebut, pilih Pengguna dan masukkan frekuensi tersebut secara manual.
Transponder Pilih transponder yang anda ingin menala.
Nada 22kHz Semasa menggunakan suis Nada 22kHz, pilih A atau B. Jika anda menggunakan Nada 22kHz, Uni kabel dan Jenis Motor dinyahdayakan.
Kuasa LNB Untuk mendayakan bekalan kuasa LNB, pilih Hidup. Jika anda memilih Mati, Jenis Motor dinyahdayakan.
DiSEqC Semasa menggunakan DiSEqC, pilih satu tetapan daripada A~D / NadaA~B. Jika anda menggunakan DiSEqC, Uni kabel dan Jenis Motor dinyahdayakan.
Tetapan Uni kabel Pilih Hidup untuk menggunakan Uni kabel dan tetapkan Uni kabel dalam menu Tetapan Uni kabel. Semasa Uni kabel didayakan, Nada 22kHz, DiSEqC, Jenis Motor dinyahdayakan.
Jenis Motor Pilih Jenis Motor untuk menggunakan Motor dan tetapkan Motor dalam menu Tetapan Motor. Semasa Motor didayakan, Nada 22kHz, DiSEqC, Uni kabel dinyahdayakan.
Jika anda menetapkan satelit kepada yang lain, anda mesti menambah transponder menggunakan Penalaan Manual atau Edit Transponder.
Semasa memilih Nada 22kHz dan DiSEqC, anda mesti menyambungkannya dalam kedudukan yang sama seperti yang dipaparkan pada OSD.
Jika anda memadam Satelit, semua rancangan yang disimpan dalam Satelit dipadam.
Pilihan Tetapan Motor
Arah Pemanduan Pilih arah yang anda hendak mengalihkan motor.
Mod Pemanduan Dua mod tersedia : Langkah dan Berterusan.
  • Langkah : Motor bergerak berdasarkan pada nilai yang anda masukkan (daripada 1 hingga 128).
  • Berterusan : Motor bergerak secara berterusan sehingga anda menekan Henti.
Uji TP Pilih Uji TP yang anda hendak menala.
Tetapkan Had Tetapkan pergerakan motor ke timur atau barat untuk menggerakkan motor hanya antara arah yang ditetapkan.
  • Hidup : Anda boleh hadkan pergerakan ke arah semasa dengan memilih Barat / Timur.
  • Mati : Anda boleh membatalkan had yang anda tetapkan.
Pergi Ke Sifar Anda boleh menggerakkan motor kepada Sifar.
Kedai Anda boleh menyimpan arah semasa motor.
Tetapan DTV Kabel
[Jika mod program ditetapkan pada Kabel]
This is the Home button on the Magic remote control. Tetapan PERSEDIAAN Tetapan DTV Kabel
Operator Perkhidmatan Tetapkan Operator Perkhidmatan.
Semasa menukar Operator Perkhidmatan, rancangan sedia ada yang disimpan dipadamkan dan Penalaan Auto berjalan.
Kemas kini Auto Rancangan
  • Hidup : Anda boleh mengemas kini maklumat bagi semua rancangan yang boleh dikemas kini, termasuk rancangan yang sedang ditonton.
  • Mati : Anda hanya boleh mengemas kini maklumat untuk rancangan yang sedang ditonton.
Julat yang boleh dipilih pengguna daripada menu Operator Perkidmatan berbeza bergantung pada bilangan Operator Perkidmatan yang disokong oleh setiap negara.
Jika nombor yang disokong Operator Perkidmatan bagi setiap negara ialah 1, fungsi yang berkaitan menjadi tidak aktif.
Tetapan Satelit
[Jika mod rancangan ditetapkan pada Satelit]
This is the Home button on the Magic remote control. Tetapan PERSEDIAAN Tetapan Satelit
Anda boleh tambah / padam / tetapkan satelit yang anda kehendaki.
Kemas kini Senarai Rancangan
[Jika mod rancangan ditetapkan pada Satelit]
This is the Home button on the Magic remote control. Tetapan PERSEDIAAN Kemas kini Senarai Rancangan
Ia mengemas kini maklumat Senarai Rancangan yang ditukar mengikut berdasarkan pada keadaan siaran negara dan satelit.
Ia mengemas kini Senarai Rancangan pada setiap masa TV dimatikan. Selepas mengemas kini, Senarai Rancangan akan ditukar. Jika tidak dikehendaki, pilih Mati.
Edit Transponder
[Jika mod rancangan ditetapkan pada Satelit]
This is the Home button on the Magic remote control. Tetapan PERSEDIAAN Edit Transponder
Anda boleh tambah / ubah suai / padam transponder.
Untuk menggunakan Penalaan Manual
This is the Home button on the Magic remote control. Tetapan PERSEDIAAN Penalaan Manual
Laraskan rancangan secara manual dan simpan hasilnya.
Bagi siaran digital, kekuatan isyarat dan kualiti isyarat boleh diperiksa.
Anda juga boleh melaras frekuensi (kHz) dan Lebar jalur.
Untuk mengedit rancangan
This is the Home button on the Magic remote control. Tetapan PERSEDIAAN Edit Rancangan
Edit rancangan yang disimpan.
Tetapkan sebagai rancangan kegemaran, sekat / buka sekatan rancangan, langkaui rancangan dsb. bagi rancangan yang dipilih.