Menggunakan Kandungan Saya
Dengan menambah kandungan yang anda kehendaki pada Kandungan Saya, anda boleh menggunakan kandungan tersebut dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa.

Skrin Kandungan SayaSkrin Kandungan Saya

  1. Tekan butang UTAMAUTAMA pada alat kawalan jauh.
  2. Pilih Kandungan Saya di bahagian atas kiri skrin.
  3. Pilih Tambah Kandungan.
  4. Cari kandungan.
  5. Pilih kandungan yang anda kehendaki daripada hasil carian untuk menambahnya pada Kandungan Saya.
    Anda juga boleh memilih daripada kandungan disyorkan yang ditunjukkan di bawah kotak carian dan terus menambahnya pada Kandungan Saya.
Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.
Jenis kandungan yang anda boleh tambah pada Kandungan Saya mungkin berbeza bergantung pada negara.
Anda mesti mempunyai sambungan rangkaian untuk menggunakan ciri ini.
Anda boleh mengalihkan/memadamkan kandungan yang ditambah dengan cara yang sama anda mengurus aplikasi.
Untuk maklumat lanjut, lihat Mengenai LG webOS TV Tutorial Utama dalam Panduan Pengguna.
Sesetengah perkhidmatan kandungan yang ditambah pada Kandungan Saya mungkin tidak tersedia jika perkhidmatan telah ditamatkan disebabkan oleh keadaan pembekal.