Mencipta Akaun LG
Dalam Pengurusan Akaun, anda boleh menggunakan alamat e-mel anda untuk mencipta akaun LG yang baru.
  1. Tekan butang UTAMAUTAMA pada alat kawalan jauh dan pilih Ikon TetapanIkon Tetapan di bahagian kanan atas.
  2. Pilih Ikon Semua TetapanIkon Semua Tetapan Umum Pengurusan Akaun.
  3. Pilih BUAT AKAUN. Baca dan terima Syarat-syarat Perkhidmatan.
  4. Masukkan ID dan kata laluan. ID anda mestilah alamat e-mel anda.
  5. Masukkan tarikh lahir anda.
  6. Pilih OK. Pergi ke e-mel anda untuk mengesahkan alamat e-mel anda. Sila sahkan e-mel anda sebelum masa yang diberi tamat tempoh.
  7. Log masuk dengan akaun baru anda untuk mula menggunakan perkhidmatan ini.
Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.
Sambungan Internet diperlukan untuk mencipta akaun.
Maklumat yang diperlukan mungkin berbeza bergantung pada negara.
ID sedia ada yang tidak menggunakan alamat e-mel boleh ditukar kepada alamat e-mel anda.
Anda mungkin akan disekat daripada menggunakan perkhidmatan ini bergantung pada umur anda.
Untuk menyelesaikan masalah berkaitan fungsi ini, rujuk Pencarisilapan bahagian Panduan Pengguna.