Menggunakan Skrin Jauh
Anda boleh mengawal peranti luaran yang disambungkan pada TV anda menggunakan Skrin Jauh yang dipaparkan pada skrin TV anda.
  1. Tekan butang Skrin JauhSkrin Jauh pada Alat Kawalan Jauh Magik.
  2. Menggunakan Alat Kawalan Jauh Magik, pilih butang yang anda kehendaki pada Skrin Jauh yang dipaparkan pada skrin TV anda.

Skrin JauhSkrin Jauh

  1. Konfigurasi Menyediakan Kawalan Universal bagi peranti luaran yang disambungkan pada TV anda.
    Apabila anda memilih peranti, Skrin Jauh bertukar menjadi alat kawalan jauh bagi peranti.
    Jika bar bunyi disambungkan, Skrin Jauh boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh untuk bar bunyi.
    Untuk maklumat lanjut, lihat Cara untuk mengendalikan TV Alat Kawalan Jauh Universal dalam Panduan Pengguna.
  2. Anda boleh menangkap skrin TV anda.
    Ciri ini tersedia pada model tertentu sahaja.
    Anda boleh melihat/memadam imej skrin yang ditangkap dalam aplikasi Foto & Video.
    Anda boleh salin/alih imej skrin yang ditangkap ke peranti storan luaran USB dalam aplikasi Foto & Video.
    (Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.)
  3. Anda boleh zum masuk ke bahagian skrin tertentu menggunakan Zum Fokus.
    Untuk maklumat lanjut, lihat Kelebihan Smart TV Membesarkan Bahagian Yang Diingini bagi Imej dalam Panduan Pengguna.
  4. Butang yang sesuai bagi peranti yang dipilih muncul.
  5. Anda akan melihat lebih banyak butang kawalan jauh.
  6. Anda boleh mulakan aplikasi PENYAMBUNG PERANTI. Anda boleh menetapkan alat kawalan jauh universal.
  7. Anda boleh mengubah kedudukan kawalan Skrin Jauh.
Ciri ini hanya boleh digunakan dengan Alat Kawalan Jauh Magik.
Anda boleh membeli Alat Kawalan Jauh Magik secara berasingan jika ia tidak disediakan.
Jenis butang yang muncul pada Skrin Jauh adalah berbeza bergantung pada rantau dan jenis peranti yang disambungkan.
Item yang boleh dikonfigurasi berbeza bergantung pada model atau negara.