Apakah Tag On?
Hanya dengan mengetik telefon pintar yang dilengkapi NFC terhadap pelekat Tag On, anda boleh berkongsi kandungan antara telefon pintar dan TV anda dan menggunakan telefon pintar anda sebagai alat kawalan jauh.
Apakah pelekat Tag On?
Pelekat Tag On yang disediakan oleh LG Smart TV membolehkan telefon pintar untuk menyambung kepada Smart TV dengan menggunakan fungsi NFC telefon pintar itu.
Jangan renyukkan atau lipat pelekat Tag On. Jika tidak, pelekat Tag On mungkin tidak akan dikenali.
Jangan lekatkan pelekat ini pada bahagian logam TV. Jika tidak, telefon pintar anda tidak akan dapat mengenali pelekat Tag On.
Untuk membeli pelekat Tag On, sila hubungi Pusat Perkhidmatan LG Electronics.
Cara untuk Tetapkan Tag On
Untuk menggunakan Tag On, tetapan berikut diperlukan.
  1. Menyambung Smart TV dan telefon anda ke rangkaian Wi-Fi. yang sama.
    Jika anda tidak dapat menyambung kepada rangkaian Wi-Fi, pergi keHomeSettingsRangkaianWi-Fi Direct dan tetapkan kepada Hidupkan.
  2. Mendayakan fungsi NFC pada telefon pintar anda.
  3. Ketik telefon pintar anda terhadap pelekat Tag On.
  4. Dari skrin aplikasi LG TV SmartShare, semak senarai peranti dan pilih Smart TV yang anda hendak sambungkan.
    Jika aplikasi LG TV SmartShare tidak dipasang, pasangkannya pada telefon pintar tersebut.
    Jika TV yang anda ingin memilih tiada dalam senarai peranti untuk disambungkan bagi aplikasi LG TV SmartShare, sentuh butang imbas semula.
  5. Ikut arahan yang dipaparkan di skrin Smart TV untuk melaksanakan proses pengesahan.
  6. Ketik telefon pintar anda terhadap pelekat Tag On lagi.
Jika anda ingin menetapkan semula maklumat yang disimpan pada pelekat Tag On, pergi ke Settings di aplikasi LG TV SmartShare pada Tag On NFC telefon pintar.
Jika anda mengetik telefon pintar dengan aplikasi LG TV SmartShare yang dipasangkan terhadap pelekat Tag On yang disahkan, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan segera tanpa proses pengesahan tambahan.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara mendayakan fungsi NFC pada telefon pintar anda, sila rujuk kepada manual pemilik.
Untuk menonton kandungan telefon pintar pada TV anda
  1. Memilih dan memainkan kandungan yang anda ingin menonton di aplikasi LG TV SmartShare.
  2. Ketik telefon pintar anda terhadap pelekat Tag On untuk memainkan kandungan pada TV.
Untuk mengawal TV anda dengan telefon pintar anda
  1. Ketik telefon pintar anda terhadap pelekat Tag On.
  2. Pilih dan jalankan aplikasi LG TV Remote-webOS pada telefon pintar anda.
Untuk menggunakan fungsi kawalan jauh, pasang aplikasi LG TV Remote-webOS.
Apabila aplikasi atau ciri-ciri lain berjalan di Smart TV, fungsi Tag On mungkin tidak berjalan seperti biasa. Menutup aplikasi TV atau ciri-ciri yang lain sepatutnya membetulkan sebarang isu.