Menyambung USB
Sambungkan peranti simpanan USB (HDD luaran, memori USB) ke port USB pada TV untuk menikmati fail kandungan dalam peranti USB pada TV anda.
Petua Menggunakan Peranti USB
Peranti USB yang mempunyai program pengecaman auto terbina dalam atau menggunakan pemacunya sendiri mungkin tidak akan dikenali.
Sesetengah peranti USB mungkin tidak disokong atau tidak dapat berfungsi dengan betul.
Jika anda menggunakan kabel sambungan USB, peranti USB mungkin tidak akan dikenali atau tidak berfungsi dengan betul.
Hanya gunakan peranti simpanan USB yang diformatkan dengan sistem fail FAT32 atau NTFS yang disediakan oleh Windows OS.
Anda disyorkan agar menggunakan cakera keras USB luaran dengan voltan terkadar 5 V atau kurang dan arus terkadar 500 mA atau kurang.
Anda disyorkan agar menggunakan hub USB atau pemacu cakera keras dengan bekalan kuasa. (Jika kuasa yang dibekalkan tidak mencukupi, peranti simpanan USB mungkin tidak akan dapat dikesan dengan betul.)
Anda disyorkan agar menggunakan peranti memori USB 32 GB atau kurang atau pemacu keras USB 2 TB atau kurang.
Jika pemacu keras luaran USB dengan fungsi penjimatan kuasa tidak berfungsi dengan betul, matikan lalu hidupkan semula pemacu keras ini agar ia berfungsi dengan betul. Lihat manual pemilik pemacu keras USB untuk maklumat lanjut.
Data pada peranti USB boleh rosak, jadi anda disyorkan agar membuat sandaran mana-mana fail penting. Pengguna adalah bertanggungjawab terhadap pengurusan data. Pengeluar tidak bertanggungjawab terhadapnya.
Matikan TV sebelum menanggalkan peranti USB. Jika anda sedang membuat rakaman, hentikan. Tanggalkan peranti USB semasa TV sedang hidup boleh merosakkan TV atau peranti USB.