Untuk melihat imej 3D
Perimejan 3D adalah teknologi yang menggunakan perbezaan penglihatan antara mata kiri dan kanan untuk menjadikan imej pada TV kelihatan sama seperti ruang tiga dimensi yang sebenar.
  1. Mainkan filem imej 3D atau beralih kepada saluran 3D.
  2. Pakai cermin mata 3D.
  3. Tekan butang 3D untuk bertukar kepada pengimejan 3D.
  4. Untuk menamatkan pemaparan imej 3D, tekan butang 3D pada alat kawalan jauh semasa melihat imej 3D.
Untuk melaraskan butiran imej 3D
Tekan butang 3D OPTION.
Menukar pilihan pemaparan imej 3D.
Melihat imej 3D - amaran
Apabila melihat imej 3D, anda disyorkan untuk mengekalkan jarak sekurang-kurangnya dua kali panjang pepenjuru skrin.
Imej 3D mungkin tidak dapat dilihat dengan betul dengan cermin mata jenis pengatup yang perlu dicas semula.
Jika format siaran 3D di masa hadapan yang tidak disokong oleh TV ini menjadi standard, anda mungkin memerlukan peranti tambahan seperti peti atas set.
Menggunakan cermin mata 3D - amaran
Jangan gunakan cermin mata 3D sebagai ganti untuk cermin mata pembetulan, cermin mata hitam atau gogal perlindungan anda sendiri. Penggunaan cermin mata 3D yang salah boleh menyebabkan kecederaan mata.
Jangan simpan cermin mata 3D dalam keadaan yang ekstrem. Pendedahan terhadap suhu yang teramat tinggi atau rendah boleh mengubah bentuk kanta. Jangan gunakan cermin mata yang telah rosak.
Jangan kenakan tekanan terhadap cermin mata 3D atau mengenakan sebarang impak terhadapnya. Mengendalikan cermin mata 3D dengan kasar boleh merosakkannya.
Kanta cermin mata 3D (dengan filem pengkutub) mudah terdedah kepada calar. Hanya gunakan kain yang lembut dan bersih untuk pembersihan. Kain yang kotor boleh mencalarkan filem pengkutub.
Jangan calar permukaan kanta cermin mata 3D dengan objek yang tajam atau membersihkannya dengan bahan kimia. Jika permukaan kanta tercalar, imej 3D mungkin tidak akan dipaparkan dengan betul.