Mencipta Akaun LG
Dalam Pengurusan Akaun, anda boleh menggunakan alamat e-mel anda untuk mencipta akaun LG yang baru.
- Tekan butang
pada alat kawalan jauh dan pilih
di bahagian kanan atas. - Pilih
Umum Pengurusan Akaun. - Pilih BUAT AKAUN. Baca dan terima Syarat-syarat Perkhidmatan.
- Masukkan ID dan kata laluan. ID anda mestilah alamat e-mel anda.
- Masukkan tarikh lahir anda.
- Pilih OK. Pergi ke e-mel anda untuk mengesahkan alamat e-mel anda. Sila sahkan e-mel anda sebelum masa yang diberi tamat tempoh.
- Log masuk dengan akaun baru anda untuk mula menggunakan perkhidmatan ini.
Sambungan Internet diperlukan untuk mencipta akaun.
Maklumat yang diperlukan mungkin berbeza bergantung pada negara.
ID sedia ada yang tidak menggunakan alamat e-mel boleh ditukar kepada alamat e-mel anda.
Anda boleh log masuk dengan akaun Facebook atau Google anda.
(Ciri selain daripada log masuk mungkin tidak tersedia.)
(Ciri selain daripada log masuk mungkin tidak tersedia.)
Anda mungkin akan disekat daripada menggunakan perkhidmatan ini bergantung pada umur anda.
Untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan fungsi ini, lihat bahagian ‘Pencarisilapan’ dalam Panduan Pengguna.