Cari
Cari membolehkan anda mencari dan menggunakan pelbagai kandungan dan maklumat melalui pengecaman suara dan input papan kekunci.
Anda boleh mencari pelbagai jenis media seperti foto, video, muzik dan rakaman, serta mengaktifkan pelbagai ciri TV menggunakan suara anda.
Anda boleh mencari pelbagai jenis media seperti foto, video, muzik dan rakaman, serta mengaktifkan pelbagai ciri TV menggunakan suara anda.
Fungsi ini tersedia pada model atau negara tertentu sahaja.
Mencari Kandungan
- Jalankan Cari dengan menekan butang
pada alat kawalan jauh. - Cari pelbagai kandungan dan maklumat menggunakan istilah carian yang dikehendaki.

- Masukkan istilah carian.
- Anda boleh menjalankan carian menggunakan kawalan suara.
- Tukar tetapan untuk item Cari.Jika anda menjalankan carian dalam aplikasi yang menyediakan ciri carian dalam TV, carian tersebut akan dijalankan dalam Cari.
Hasil carian mungkin berbeza bergantung pada saluran, rantau, bahasa, tetapan rangkaian dan sama ada anda telah bersetuju dengan terma dan syarat atau tidak.
Hasil carian mungkin berbeza bergantung pada input papan kekunci dan input suara.
Mengendalikan Ciri TV Menggunakan Kawalan Suara
- Tekan butang
pada alat kawalan jauh anda untuk menjalankan Cari kemudian pilih
pada skrin TV.
Mod pengecaman suara akan diaktifkan.Untuk bertukar ke mod pengecaman suara, anda juga boleh tekan dan tahan butang
pada alat kawalan jauh anda. - Gunakan suara anda untuk mencari kata kunci atau tindakan yang anda mahu jalankan.

Ciri Tersedia
| Menonton TV |
| Anda boleh merakam program, menukar saluran dan melaraskan kelantangan. Contoh) “Tinggikan/rendahkan kelantangan.” / “Tukar OOO (nombor saluran).” / “Tukar OOO (nama saluran).” |
| Tetapan TV |
| Anda boleh menukar input ke peranti yang disambungkan pada TV anda atau mengkonfigurasi tetapan TV anda. Contoh) "Tukar ke HDMI1" / "Jalankan Tetapan Video" / "Tunjukkan saya Panduan Pengguna" / "Jalankan Pemasa Tidur" |
| Pintasan |
| Anda boleh menjalankan aplikasi yang dipasang pada TV anda. Contoh) “Tunjukkan saya Panduan Saluran” / “Tunjukkan saya Maklumat Program” / “Jalankan Sambung Peranti” |
| Cuaca / Masa |
| Anda boleh menyemak maklumat cuaca dan masa. Contoh) “Cuaca” / “Cuaca minggu ini untuk OOO (nama rantau)." / “Jam berapa sekarang?” / “Waktu New York” |
| Mencari Kandungan |
| [Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.] Anda boleh cari Program TV atau VOD, Filem dan kandungan YouTube, fail seperti gambar, video, muzik, rakaman Contoh) "Cari OOO(Tajuk filem)" / "Cari OOO daripada YouTube" |
Fungsi ini tersedia pada model atau negara tertentu sahaja.
Jika anda menyebut perkataan atau frasa yang mempunyai makna yang jelas, fungsi yang sesuai boleh dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang pemilihan lanjut atau memerlukan pengesahan.
Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu tetapkan Bahasa Pengiktirafan Suara dan Menu Bahasa kepada bahasa yang anda gunakan.
Ciri yang tersedia mungkin berbeza bergantung pada negara.
Frasa seperti dalam contoh di atas mungkin berbeza daripada frasa sebenar yang akan digunakan.
Amaran untuk Pengecaman Pertuturan
Pengecaman suara memerlukan Alat Kawalan Jauh Magik yang mungkin tidak disokong oleh model tertentu.
Untuk menggunakan semua ciri pengecaman pertuturan, anda perlu menetapkan rangkaian, saluran, rantau dan lain-lain. Jika tidak, anda tidak boleh menggunakan sesetengah ciri.
Jika anda tidak mempunyai sambungan rangkaian, penukaran saluran tidak tersedia untuk beberapa saluran.
Jika anda mempunyai sambungan rangkaian, anda perlu menerima terma dan syarat untuk menggunakan pengecaman pertuturan.
Anda boleh menukar bahasa pengecaman pertuturan dalam
Umum Bahasa (Language) Bahasa Pengiktirafan Suara.
Umum Bahasa (Language) Bahasa Pengiktirafan Suara.Di sesetengah negara, anda boleh menggunakan Cari tanpa menyediakan rantau atau saluran anda.
Kadar pengecaman pertuturan adalah berbeza bergantung pada ciri pengguna (kelantangan suara, sebutan, loghat dan kelajuan bercakap) dan persekitaran (bunyi dan kelantangan TV).
Untuk mencapai pengecaman pertuturan anda yang tepat, anda mesti menyebut perkataan dengan cara yang perlahan dan tepat pada kelantangan suara yang sesuai pada jarak kira-kira 10 sm daripada mikrofon Alat Kawalan Jauh Magik.
Jika pertuturan anda tidak dapat dicam dengan betul, pengecaman pertuturan mungkin beroperasi secara berbeza daripada perkara yang anda mahukan pada asalnya.
Jika anda menggunakan pengecaman pertuturan pada Alat Kawalan Jauh Magik selepas menyambung kotak atas set ke TV anda, kami mengesyorkan anda agar menghalakan Alat Kawalan Jauh Magik ke arah kotak atas set apabila melengkapkan input suara.