Apakah dia Alat Kawalan Jauh Magik?

Use Magic RemoteGunakan Alat Kawalan Jauh MagikUse Magic RemoteGunakan Alat Kawalan Jauh Magik

Anda boleh memilih fungsi yang anda kehendaki dengan senang dan mudah dengan menggerakkan dan mengklik kursor pada skrin TV, sama seperti anda menggunakan tetikus pada skrin komputer.
Anda boleh membeli Alat Kawalan Jauh Magik secara berasingan jika ia tidak disediakan.
Memperpasang Alat Kawalan Jauh Magik
Anda mesti menjadikan Alat Kawalan Jauh Magik berpasangan dengan LG webOS TV untuk menggunakannya.
Perpasang Alat Kawalan Jauh sebelum menggunakannya seperti berikut:
  1. Hidupkan TV. Selepas kira-kira 20 saat, tuding alat kawalan jauh ke arah TV, kemudian tekan Roda (OK).
  2. Alat kawalan jauh akan didaftarkan secara automatik dan mesej selesai berpasangan akan muncul pada skrin TV.
Jika anda gagal mendaftarkan Alat Kawalan Jauh Magik, matikan TV dan cuba lagi.
Mendaftarkan Semula Alat Kawalan Jauh Magik
  1. Tekan butang GUIDE pada TV selama lebih kurang 5 saat.
  2. Pendaftaran alat kawalan jauh sebelum ini akan dibatalkan dan kemudian didaftarkan semula.
Menggunakan Alat Kawalan Jauh Magik
Goyang-goyangkan Alat Kawalan Jauh Magik dengan menghadap TV untuk membuatkan penunjuk muncul pada skrin TV.
Jika anda menggerakkan alat kawalan jauh ke arah yang anda kehendaki, penunjuk akan mengikut pergerakan tersebut.
Gerakkan penunjuk ke lokasi yang anda kehendaki dan tekan butang Roda (OK) untuk melaksanakan fungsi ini.
Menetapkan penunjuk Alat Kawalan Jauh Magik
Anda boleh menetapkan kelajuan dan bentuk penunjuk yang kehendaki semasa ia berada pada skrin.
  1. Tekan butang HOMEUTAMA pada alat kawalan jauh dan pilih Setting iconIkon Tetapan di bahagian kanan atas.
  2. Pilih All Settings iconIkon Semua Tetapan Akses Pilihan Penunjuk.
Kelajuan Penjejakan
Menetapkan kelajuan penunjuk.
Gaya/Saiz
Pilih gaya dan saiz penunjuk.
Jika penunjuk telah tidak digunakan dalam tempoh tertentu, ia akan hilang. Apabila penunjuk hilang dari skrin, goyangkan Alat Kawalan Jauh Magik ke kanan dan kiri. Penunjuk akan muncul kembali.
Jika penunjuk tidak bertindak balas dengan lancar, anda boleh set semula penunjuk dengan menggerakkannya ke tepi skrin.
Penunjuk akan hilang jika anda tekan butang atas, bawah, kiri atau kanan, dan alat kawalan jauh akan berfungsi sebagai alat kawalan jauh biasa.
Gunakan alat kawalan jauh dalam jarak yang ditentukan (dalam lingkungan 10 meter). Anda mungkin akan mengalami kegagalan komunikasi semasa menggunakan peranti di luar kawasan liputan atau jika terdapat halangan dalam kawasan liputan.
Anda mungkin akan mengalami kegagalan komunikasi semasa menggunakan aksesori. Peranti seperti ketuhar gelombang mikro dan peranti wayarles LAN beroperasi dalam jalur frekuensi yang sama (2.4 GHz) dengan Alat Kawalan Jauh Magik. Ini boleh menyebabkan kegagalan komunikasi.
Kesannya boleh menyebabkan malfungsi pada Alat Kawalan Jauh Magik.
Berhati-hati agar anda tidak terlanggar perabot, kelengkapan elektronik atau orang lain yang berdekatan apabila menggunakan Alat Kawalan Jauh Magik.