Untuk menggunakan Teleteks
Tekan butang TEXT pada alat kawalan jauh.
[Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.]
Teleteks adalah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh stesen TV yang menawarkan maklumat berdasarkan teks mengenai rancangan TV, berita dan cuaca.
Penyahkod teleteks bagi TV ini boleh menyokong sistem SIMPLE, TOP dan FASTEXT.
Butang warna
Untuk memilih halaman sebelumnya atau seterusnya.
Butang nombor
Memasukkan nombor halaman untuk ditujui.
PageHalaman
Untuk memilih halaman sebelumnya atau seterusnya.
Fungsi Teleteks Khas
Tekan butang T.OPT pada alat kawalan jauh.
Pilih TELETEKS menu.
Index iconIkon Indeks Indeks
Pilih setiap halaman indeks.
Time iconIkon masa Masa
Semasa menonton rancangan TV, pilih menu ini untuk memaparkan waktu di penjuru kanan atas skrin.
Hold iconIkon Tangguh Tahan
Menghentikan penukaran halaman automatik yang akan berlaku jika halaman teleteks terdiri daripada 2 atau lebih sub halaman.
Reveal iconIkon Dedahkan Dedahkan
Pilih menu ini untuk memaparkan maklumat tersembunyi, seperti jawapan kepada teka teki.
Update iconIkon Kemas Kini Kemas kini
Memaparkan gambar TV pada skrin sambil menunggu halaman teleteks baharu.
Bahasa
[Dalam Mod DigitaI Sahaja]
Menetapkan bahasa Teleteks.
Untuk menetapkan Bahasa Teleteks
HOMEUTAMA Setting iconIkon Tetapan All Settings iconIkon Semua Tetapan Umum Bahasa (Language) Bahasa Teleteks Utama/Bahasa Kedua Teleteks
[Dalam Mod DigitaI Sahaja]
Guna fungsi bahasa Teleteks apabila dua atau lebih bahasa Teleteks disiarkan.
Jika data Teleteks dalam bahasa yang dipilih tidak disiarkan, bahasa lalai akan dipaparkan.
Jika anda memilih negara setempat yang salah, teleteks mungkin tidak muncul dengan betul pada skrin dan masalah tertentu mungkin berlaku semasa operasi teleteks.