Apakah itu Sambungan 3G/4G?
Ciri ini membenarkan TV pintar menyambung ke rangkaian menggunakan rangkaian 3G/4G.
Untuk menggunakan ciri ini, anda perlukan anak kunci USB 3G/4G. Jika anda ingin membeli anak kunci USB 3G/4G, sila hubungi pembekal khidmat 3G/4G di wilayah anda.
Keserasian anak kunci USB 3G/4G tersedia dengan anak kunci yang dipilih sahaja. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, adalah disyorkan untuk menyemak kefungsian anak kunci di dalam TV.
India
Airtel E1731, Airtel E3272, Idea E1732, Open E303C, Open E8231, Open E8221
Indonesia
STC E3276, Sierra Wireless AirCard 320U‎
Mesir
Vodafone E303, Vodafone K3770, Vodafone K3765, Mobinil E173, Etisalat MF190
Iraq
Zain E3131, Asiacell E352
Kelajuan menyemak imbas mungkin berbeza bergantung pada keadaan isyarat 3G/4G.
Fungsi ini tersedia pada model atau negara tertentu sahaja.
Menyambung ke rangkaian menggunakan anak kunci USB 3G/4G
  1. Jika anda menyambungkan anak kunci USB 3G/4G ke TV pintar, TV akan disambungkan secara automatik pada rangkaian.
  2. Jika sambungan rangkaian perlahan atau tidak stabil, pergi ke HOMEUTAMA Setting iconIkon Tetapan All Settings iconIkon Semua Tetapan Rangkaian Sambungan 3G/4G Status Rangkaian 3G/4G dan pilih Sambung Semula.
  3. Jika sambungan gagal secara berterusan, hubungi pembekal khidmat 3G/4G anda.
Jika anda ingin menetapkan Pusat Akses secara manual, pergi ke HOMEUTAMA Setting iconIkon Tetapan All Settings iconIkon Semua Tetapan Rangkaian Sambungan 3G/4G Penetapan Titik Capaian, pilih Pusat Akses yang anda ingin tetapkan, kemudian pilih Edit untuk memasukkan APN, No. Dail, Nama Pengguna, dan Kata laluan. (Maklumat yang lebih terperinci disediakan oleh pembekal khidmat 3G/4G anda.)