Menggunakan Dual Play
Gambar Dual Play Apabila bermain permainan perang 1:1 dengan konsol permainan dalam mod skrin pisah, seperti PlayStation, XBox dan Wii, kedua-dua pemain boleh bermain permainan dalam skrin penuh.
Jika model anda tidak disertakan dengan cermin mata Dual Play, sila belinya secara berasingan.
Jika model anda tidak disertakan dengan cermin mata Dual Play, sila belinya secara berasingan.
- Sambungkan konsol permainan ke TV anda.
- Pakai cermin mata Dual Play dan bermain permainan tersebut.
Semasa dalam mod Dual Play, anda boleh keluar daripada mod tersebut dengan memilih Matikan dalam
Gambar Dual Play.
Gambar Dual Play. Permainan sepatutnya menyokong mod Skrin pisah untuk dimainkan dalam mod Dual Play.
Jika skrin tidak kelihatan cukup jelas dengan penggunaan cermin mata Dual Play, pemain-pemain boleh bertukar-tukar cermin mata antara satu sama lain. Anda hendaklah memilih cermin mata yang betul mengikut jenis operasi Dual Play.
Imej tertentu mungkin kelihatan bertindih semasa bermain permainan. Anda disyorkan agar bermain permainan dengan menghadap bahagian tengah skrin.
Apabila konsol permainan mempunyai resolusi rendah, kualiti gambar mungkin tidak baik dalam mod Dual Play.
Gambar pada skrin hanyalah dalam 2D dalam mod Dual Play.
Amaran Ketika Menggunakan Cermin Mata Dual Play
Sila ambil perhatian bahawa cermin mata Dual Play adalah berbeza dengan cermin mata 3D yang biasa. Terdapat tanda "Dual Play" tertulis pada cermin mata Dual Play.
Jangan gunakan cermin mata Dual Play sebagai cermin mata biasa, cermin mata hitam atau gogal perlindungan. Jika anda lakukan juga, kecederaan mungkin berlaku.
Jangan simpan cermin mata Dual Play dalam keadaan terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika anda lakukan juga, keherotan mungkin berlaku. Jangan gunakan cermin mata yang telah herot.
Jangan jatuhkan cermin mata Dual Play atau membenarkannya bersentuhan dengan objek lain. Ini boleh merosakkan produk tersebut.
Kanta cermin mata Dual Play (filem pengutub) amat mudah tercalar. Gunakan kain lembut yang bersih ketika membersihkannya. Debu-debu asing pada kain boleh menyebabkannya tercalar.