Menala Halus Mod Gambar
Gambar Tetapan Mod Gambar Ciri ini membolehkan anda membuat pelarasan terperinci kepada mod gambar yang dipilih.
| Cahaya latar |
| Mengawal tahap kecerahan skrin dengan melaraskan lampu latar. Lebih hampir kepada 100, lebih cerah skrin.
Kurangkan Cahaya latar untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
|
| LAMPU OLED |
| Melaraskan kecerahan paparan dengan mengubah-ubah kecerahan panel OLED. |
| Kontras |
| Melaraskan kontras kawasan cerah dan gelap pada gambar. Lebih hampir kepada 100, lebih tinggi kontrasnya. |
| Kecerahan |
| Melaraskan kecerahan keseluruhan skrin. Lebih hampir kepada 100, lebih cerah skrin. |
| Terang |
| Melaraskan ketajaman imej. Lebih hampir kepada 50, lebih tajam dan lebih jelas imejnya. |
| Terang V |
| Melaraskan ketajaman pinggir kontras dalam arah menegak. |
| Terang H |
| Melaraskan ketajaman pinggir kontras dalam arah mendatar. |
| Warna |
| Merendahkan atau menaikkan nada warna yang dipaparkan pada skrin. Lebih hampir kepada 100, lebih pekat warnanya. |
| Keserian |
| Melaraskan imbangan warna antara merah dan hijau yang dipaparkan pada skrin. Lebih hampir kepada Merah 50, lebih pekat warna merahnya. Lebih hampir kepada Hijau 50, lebih pekat warna hijaunya. |
| Suhu Warna |
| Melaraskan suhu warna daripada sejuk kepada hangat. |
Tetapan yang anda tentukan hanya dikenakan kepada mod input yang sedang dipilih.
Untuk mengenakan tetapan gambar semasa anda kepada semua mod input, pilih Aplikasikan pada semua input.
Untuk mengenakan tetapan gambar semasa anda kepada semua mod input, pilih Aplikasikan pada semua input.
Bergantung pada isyarat input atau mod gambar yang dipilih, pilihan yang tersedia mungkin berbeza.
Item yang boleh dikonfigurasi berbeza bergantung pada model.
Menetapkan Semula Mod Gambar
Gambar Tetapan Mod Gambar Set Semula Pilihan ini akan menetapkan semula tetapan Gambar.
Anda boleh tetapkan semula mod Gambar secara berasingan. Pilih mod Gambar yang hendak anda set semula dan dayakannya.