Memainkan audio melalui pembesar suara dalaman TV
Bunyi Bunyi Keluar Pembesar Suara Dalaman TV Audio dimainkan melalui pembesar suara dalaman TV.
Memainkan audio melalui peranti audio luaran yang disambungkan kepada port optik digital atau port HDMI (ARC)
Bunyi Bunyi Keluar Audio Keluar (Optik/HDMI ARC) Audio TV dimainkan melalui peranti audio luaran yang disambungkan kepada port optik digital atau port HDMI (ARC). Dayakan SIMPLINK untuk memainkan audio melalui HDMI (ARC).
Jika anda memilih Matikan ketika SIMPLINK didayakan, tetapan audio keluar akan dikembalikan kepada tetapan lalai bagi memastikan keluaran audio tanpa gangguan.
Mengkonfigurasikan tetapan bunyi digital keluar
Bunyi Bunyi Keluar Audio Keluar (Optik/HDMI ARC) Bunyi Keluar Digital Anda boleh mengkonfigurasikan tetapan Bunyi Keluar Digital.
Tetapan ini hanya tersedia apabila Audio Keluar (Optik/HDMI ARC) / Pembesar Suara Dalaman TV + Audio Keluar (Optik) dipilih.
| Input Bunyi | Bunyi Digital Keluar | |
| Automatik | MPEG | PCM |
| Dolby Digital | Dolby Digital | |
| Dolby Digital Plus | Dolby Digital | |
| HE-AAC | Dolby Digital | |
| DTS | DTS / PCM | |
| DTS Express | PCM | |
| DTS-HD MA | PCM / DTS | |
| PCM | Semua | PCM |
Menyambungkan dan Menggunakan Peranti Audio yang Menyokong LG Sound Sync (Optik)
Bunyi Bunyi Keluar LG Sound Sync (Optik)Anda boleh menyambungkan peranti audio yang menyokong LG Sound Sync (Optik) kepada port output audio digital optik untuk menikmati bunyi TV anda dalam kualiti yang lebih kaya dan keselesaan yang lebih besar.
Hanya tersedia untuk model dengan port digital optik sahaja.
Anda boleh menggunakan alat kawalan jauh TV untuk melaraskan kelantangan peranti yang bersambung.
Menyambungkan dan Menggunakan Peranti Audio Wayarles
Bunyi Bunyi Keluar LG Sound Sync / BluetoothAnda boleh menyambungkan peranti audio Bluetooth atau set kepala Bluetooth secara wayarles untuk menikmati bunyi TV anda dalam kualiti yang lebih kaya dan keselesaan yang lebih besar.
Jika anda telah menyambungkan peranti yang bar bunyinya menyokong LG Sound Sync baru-baru ini, ciri ini akan mencuba untuk menyambung ke peranti secara automatik.
Dalam sesetengah peranti, ciri ini akan mencuba untuk menyambung ke peranti yang disambungkan baru-baru ini secara automatik apabila TV dihidupkan.
Kami mengesyorkan anda menyambungkan peranti audio yang menyokong LG LG Sound Sync, menggunakan mod LG TV atau mod LG Sound Sync pada peranti.
Pilihan ini tersedia untuk model tertentu sahaja.
Tekan Pilihan Peranti untuk melihat peranti yang disambungkan atau peranti yang boleh disambungkan untuk menyambungkan salah satu daripadanya.
Anda boleh menggunakan alat kawalan jauh TV untuk melaraskan kelantangan peranti yang bersambung.
Jika peranti gagal disambungkan, periksa kuasa peranti untuk disambungkan dan semak jika peranti audio berfungsi dengan betul.
Bergantung pada jenis peranti Bluetooth, peranti mungkin tidak disambungkan dengan betul atau kelakuan yang tidak normal berlaku seperti video dan audio tidak disegerakkan.
Bunyi mungkin tersentak-sentak atau kualiti bunyi mungkin berkurangan jika:
- peranti Bluetooth terlalu jauh daripada TV;
- terdapat halangan di antara peranti Bluetooth dan TV; atau
- digunakan bersama dengan kelengkapan radio seperti ketuhar gelombang atau wayarles LAN.
Menggunakan Audio Keluar (Talian Keluar) / Fon Kepala Berwayar
Bunyi Bunyi Keluar Audio Keluar (Talian Keluar) / Fon Kepala Berwayar Pilih Fon Kepala Berwayar atau Audio Keluar (Talian Keluar) untuk mengoptimumkan output audio mengikut peranti yang bersambung.
Beberapa model mungkin menyokong fungsi Fon Kepala Berwayar sahaja.
Jika anda menyambungkan fon kepala berwayar semasa TV dihidupkan, ia akan mengesan fon kepala berwayar secara automatik dan mengubah hala audio melaluinya.
Fungsi ini tersedia pada model atau negara tertentu sahaja.
Memainkan audio melalui pembesar suara dalaman TV dan peranti audio luaran serentak
Audio boleh dimainkan melalui berbilang peranti serentak.
Menggunakan Pembesar Suara Dalaman TV + Fon Kepala Berwayar
Bunyi Bunyi Keluar Pembesar Suara Dalaman TV + Fon Kepala Berwayar Audio dimainkan melalui pembesar suara dalaman TV dan Fon Kepala Berwayar serentak.
Jika anda menyambungkan fon kepala berwayar semasa TV dihidupkan, ia akan mengesan fon kepala berwayar secara automatik dan mengubah hala audio melaluinya.
Fungsi ini tersedia pada model atau negara tertentu sahaja.
Menggunakan Pembesar Suara Dalaman TV + Audio Keluar (Optik)
Bunyi Bunyi Keluar Pembesar Suara Dalaman TV + Audio Keluar (Optik) Audio akan dimainkan melalui pembesar suara TV terbina dalam dan peranti audio yang bersambung pada port output audio optik digital serentak.