Apakah dia Perkongsian Kandungan?
Perkongsian Kandungan membolehkan anda menikmati video, muzik dan foto yang disimpan pada PC anda.
Mainkan kandungan dengan perisian perkongsian pada PC
Jika sistem pengendalian komputer ialah Windows 7 atau Windows 8, anda boleh mainkan muzik, video atau foto pada TV anda Tanpa memasangkan program tambahan.
- Konfigurasikan TV dan PC pada rangkaian yang sama. Konfigurasikan juga rangkaian pada PC yang telah dipasangkan Windows 7 atau Windows 8.
- Klik kanan pada fail muzik, video atau foto yang dikehendaki lalu pilih modelnya menggunakan fungsi Play To yang disediakan dalam Windows 7 atau Windows 8 untuk memainkan apa yang dipilih.
Untuk memainkannya pada peranti lain seperti telefon mudah alih anda, rujuk panduan pengguna yang berkenaan.
Walaupun berbilang TV atau peranti bersambung, fail yang dipilih hanya akan dimainkan melalui satu peranti sahaja. Kadar main balik mungkin berbeza bergantung pada sambungan rangkaian.
Gunakan Perisian PC SmartShare untuk memainkan kandungan yang disimpan pada PC
Anda boleh menggunakan Perisian PC SmartShare untuk menyambungkan muzik/video/foto yang disimpan pada PC kepada rangkaian rumah anda dan memainkannya pada TV anda.
- Konfigurasikan TV dan PC yang dipasang dengan SmartShare pada rangkaian yang sama.
Perkhidmatan SmartShare hanya tersedia apabila TV dan PC pelayan disambungkan pada penghala yang sama.
- Muat turun dan pasang Perisian PC SmartShare daripada laman web LG.
Sebelum pemasangan, keluar dari semua program yang sedang berjalan pada PC seperti tembok api atau perisian antivirus. - Jalankan Perisian PC SmartShare dan konfigurasikan tetapan kongsi.
- Video dan foto yang dikongsi akan dimainkan daripada APLIKASI Foto & Video pada TV, dan muzik yang dikongsi akan dimainkan daripada APLIKASI Muzik pada TV.
Pelayan perlu berjalan untuk membolehkan fail yang dikongsi ditonton pada TV anda.
Anda boleh menyemak maklumat laman web daripada
Penyambung Peranti PC Content Share.
Penyambung Peranti PC Content Share.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara menggunakan Perisian PC SmartShare, rujuk bahagian bantuan perisian.
Perkara-perkara yang memerlukan perhatian Perkongsian Kandungan
Periksa tetapan rangkaian anda jika pilihan perkongsian kandungan tidak berfungsi dengan betul.
Ia mungkin tidak akan berfungsi dengan betul pada rangkaian tanpa wayar. Anda disyorkan agar menyambung ke rangkaian berwayar.
Jika lebih daripada sebuah TV disambungkan kepada satu peranti, kandungan itu mungkin tidak akan dimainkan dengan betul bergantung pada prestasi pelayan.
Ia mungkin tidak akan berfungsi dengan betul bergantung pada persekitaran rangkaian.
Untuk menonton video 1080p melalui fungsi Perkongsian Kandungan, penghala yang menggunakan frekuensi 5 GHz diperlukan. Jika penghala 2.4 GHz digunakan, video mungkin tidak akan dimainkan dengan betul.
Fungsi Perkongsian Kandungan mungkin tidak disokong bagi penghala yang tidak menyokong berbilang siaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk panduan pengguna yang didatangkan bersama penghala anda atau hubungi pengeluarnya.
Kapsyen hanya disokong pada sesetengah peranti yang bersambung.
Perisian PC SmartShare disyorkan untuk membaca kapsyen.
Jika fail sari kata ditambahkan kemudian, nyahdayakan folder dikongsi dan kemudian dayakannya semula.
Fail DRM pada peranti yang bersambung tidak akan dapat dimainkan.
Malahan bagi format fail yang disokong oleh TV, format fail yang disokong itu mungkin berbeza bergantung pada persekitaran peranti yang bersambung.
Jika terdapat terlalu banyak folder atau fail dalam folder, ia mungkin tidak akan berfungsi dengan betul.
Maklumat tentang fail yang diimport daripada peranti yang bersambung mungkin tidak akan dipaparkan dengan betul.
Bergantung pada pengekodan, beberapa strim mungkin tidak dimainkan dalam mod perkongsian kandungan.