Menggunakan ciri Utama LG WebOS TV
Anda boleh membuka Skrin utama dengan menekan butang
pada alat kawalan jauh anda.
Anda boleh menggabungkan aplikasi yang paling kerap digunakan dalam satu skrin dan menggunakan mana-mana yang anda mahu pada bila-bila masa.
pada alat kawalan jauh anda.Anda boleh menggabungkan aplikasi yang paling kerap digunakan dalam satu skrin dan menggunakan mana-mana yang anda mahu pada bila-bila masa.

: Anda boleh menggunakan ciri TV yang lain sambil mendengar muzik.
Pilihan ini tersedia untuk model tertentu sahaja.
: Anda boleh beralih kepada input lain atau menukar tetapan anda.
: Anda boleh menukar tetapan TV anda dengan mudah.
Pilih
untuk persediaan lanjutan.- Anda boleh melihat cuaca dan jadual hari ini.
Untuk melihat jadual, anda perlu menyediakan jadual terlebih dahulu.
Untuk maklumat lanjut, lihat Penjelajahan Tetapan Umum Pemasa dalam Panduan Pengguna. - Tambahkan kandungan yang anda suka gunakan dengan mudah dan cepat.
(Ciri ini tidak disokong di beberapa negara. Apabila anda memilih ciri ini, anda akan dibawa ke LG Content Store.) - Dengan menambah saluran yang anda suka, anda boleh menyemak maklumat saluran dan menonton saluran yang dikehendaki dengan mudah dan cepat.
- Ini ialah senarai aplikasi yang baru digunakan. Untuk mengakses senarai aplikasi yang baru digunakan, pilih item ini dan kemudian tekan dan tahan butang . Anda boleh melihat semua aplikasi yang baru digunakan dalam senarai.
- Anda boleh menjalankan, mengalihkan dan memadamkan semua aplikasi yang dipasang pada TV anda.
Menggunakan Senarai Terkini
Untuk mengakses senarai aplikasi yang baru digunakan, tekan dan tahan butang
pada alat kawalan jauh anda atau tekan dan tahan item yang baru digunakan pada Skrin utama.
Anda boleh menjalankan atau keluar dari semua aplikasi yang baru digunakan.
pada alat kawalan jauh anda atau tekan dan tahan item yang baru digunakan pada Skrin utama.Anda boleh menjalankan atau keluar dari semua aplikasi yang baru digunakan.

- Keluar dari aplikasi.
Menguruskan Aplikasi
Anda boleh melihat senarai semua aplikasi yang dipasang pada TV anda, menukar kedudukan atau memadamnya.

- Pilih aplikasi yang anda mahu edit, tekan dan tahan butang pada Alat Kawalan Jauh.
Ini akan mengaktifkan mod edit aplikasi. - Untuk mengalih aplikasi ke kedudukan yang dikehendaki, pergi ke kedudukan dan tekan butang .
Untuk memadam aplikasi, pilih ikon
di atas aplikasi.Anda boleh mengalih dan memadam aplikasi sebanyak mana yang anda mahu sebelum keluar dari mod edit.Anda juga boleh mengalihkan aplikasi dengan butang
/
pada alat kawalan jauh anda. - Apabila anda telah selesai mengedit, klik SELESAI untuk keluar dari mod edit aplikasi.
Sesetengah aplikasi tidak boleh diedit.
Menghentikan fungsi semasa
- Tekan butang
pada alat kawalan jauh. - Pilih nama aplikasi pada penjuru kiri atas skrin dengan menggunakan Alat Kawalan Jauh untuk memaparkan ikon Tutup.
- Pilih ikon Tutup yang dipaparkan bersebelahan nama aplikasi untuk keluar dari fungsi yang digunakan.
