Mengambil Gambar dengan Kamera TV
Anda boleh mengambil gambar atau merakam video menggunakan kamera pada TV pintar anda.
- Tekan butang
pada alat kawalan jauh. - Lancarkan aplikasi Kamera.

- Anda boleh mengkonfigurasikan tetapan kamera.
- Anda boleh mengambil gambar menggunakan pelbagai kesan bingkai.
- Zum masuk atau keluar skrin. Selepas mengezum masuk, anda boleh melaraskan fokus kepada spot yang tertentu untuk merakam video.
- Tekan butang pengatup untuk mengambil gambar atau merakam video.
- Tekan butang togol gambar/video untuk menogol antara mod-mod yang berbeza.
- Anda boleh melihat gambar atau video yang telah pun diambil.
Penggunaan aplikasi Kamera memerlukan kamera LG khusus dipasangkan terlebih dahulu. (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada manual pemasangan LG webOS TV atau manual pemilik kamera.)
Mengkonfigurasikan Tetapan Kamera
Lancarkan aplikasi Kamera kemudian tekan butang TETAPAN KAMERA .
| Tetapan Umum |
| Anda boleh mengkonfigurasi sifat dan saiz foto/video dan juga peranti yang menyimpan foto/video.
Apabila fail imej atau video disimpan dalam Memori Dalaman, anda hanya boleh menontonnya pada TV, ia tidak boleh dialihkan ke peranti luaran. |
| Tetapan Foto |
| Anda boleh menetapkan pilihan tangkapan foto. |
| Penetapan Video |
| Anda boleh menetapkan kualiti rakaman video. |
| TETAPKAN SEMULA |
| Anda boleh kembali kepada tetapan asal. |
Bagi peranti simpanan USB, gunakan hanya cakera keras USB yang diformatkan dengan sistem fail NTFS yang disediakan dalam Windows. Jika peranti simpanan diformatkan dengan program utiliti bukan Windows, ia mungkin tidak akan berfungsi dengan betul.
Melihat Gambar/Video yang Diambil
Anda boleh menyemak/memadam foto dan video yang anda tangkap dan tambah pelbagai kesan padanya.
Selepas menangkap gambar atau merakam video, tekan butang GALERI di bahagian bawah aplikasi Kamera.
Selepas menangkap gambar atau merakam video, tekan butang GALERI di bahagian bawah aplikasi Kamera.

- Tekan butang ini untuk kembali ke skrin mengambil gambar.
- Anda boleh menggunakan pelbagai kesan pada gambar anda.
- Anda boleh memilih lokasi yang mengandungi gambar/video yang anda ingin lihat.
- Anda boleh memilih berbilang item dan memadamkannya.
- Tutup senarai Foto/Video untuk memainkan kandungan.
Apabila senarai ditutup, anda boleh melihat maklumat butiran mengenai kandungan dalam sepanduk di bahagian atas.
Mengenakan Kesan pada Gambar
- Pilih gambar yang anda mahu daripada senarai gambar yang diambil.
- Tekan butang kesan.
- Pilih kesan, kenakan dan kemudian tekan SIMPAN.
