Apakah dia Alat Kawalan Jauh Magik?

Gunakan Alat Kawalan Jauh MagikGunakan Alat Kawalan Jauh Magik

Anda boleh memilih fungsi yang anda kehendaki dengan senang dan mudah dengan menggerakkan dan mengklik kursor pada skrin TV, sama seperti anda menggunakan tetikus pada skrin komputer.
Anda boleh membeli Alat Kawalan Jauh Magik secara berasingan jika ia tidak disediakan.
Memasang Alat Kawalan Jauh Magik
Anda mesti menjadikan Alat Kawalan Jauh Magik berpasangan dengan LG webOS TV untuk menggunakannya.
Pasang Alat Kawalan Jauh sebelum menggunakannya seperti berikut:
  1. Hidupkan TV. Selepas kira-kira 20 saat, tuding alat kawalan jauh ke arah TV, kemudian tekan Roda (OK).
  2. Alat kawalan jauh akan didaftarkan secara automatik dan mesej selesai berpasangan akan muncul pada skrin TV.
Jika anda gagal mendaftarkan Alat Kawalan Jauh Magik, matikan TV dan cuba lagi.
Mendaftarkan Semula Alat Kawalan Jauh Magik
Jika penunjuk Alat Kawalan Jauh Magik tidak muncul pada TV, anda mesti mendaftarnya semula.
  1. Tekan butang GUIDE pada TV selama lebih kurang 5 saat.
  2. Pendaftaran alat kawalan jauh sebelum ini akan dibatalkan dan kemudian didaftarkan semula.