Menggunakan Penjadual
Anda boleh memasukkan tarikh dan masa program untuk menjadualkan tontonan atau rakaman pada masa yang ditetapkan.
  1. Tekan butang UTAMAUTAMA pada alat kawalan jauh.
  2. Pilih aplikasi Penjadual untuk merakam atau menonton program pada masa yang dijadualkan.

Penjadual TVPenjadual TV

  1. Anda boleh menyusun senarai.
  2. Anda boleh menetapkan Mod Padam.
  3. Anda boleh menetapkan Rakaman Jadual Baru
  4. Anda boleh menetapkan Peringatan Baru
  5. Lancarkan Panduan TV.
Jadual mengikut rancangan
Anda boleh memilih rancangan untuk menjadualkan ia untuk tontonan atau rakaman.
  1. Tekan butang UTAMAUTAMA pada alat kawalan jauh.
  2. Pilih aplikasi Panduan TV untuk merakam atau menonton program pada masa yang dijadualkan.
  3. Pilih rancangan yang anda inginkan.
    Jika anda mahu merakam siaran langsung, klik butang RAKAM atau TONTON.
    Bagi rancangan yang akan datang, klik butang Rakaman Berjadual atau Peringatan.
Rakaman berjadual tidak memberi jaminan masa rakaman yang tepat bagi rancangan kerana rancangan akan dirakam sebagai maklumat penyiar.
Terpakai kepada Penyiaran Digital.
Penjadualan Manual
Anda boleh memilih tarikh, waktu dan rancangan untuk menonton atau merakam rancangan.
  1. Tekan butang UTAMAUTAMA pada alat kawalan jauh.
  2. Pilih aplikasi Penjadual untuk merakam atau menonton program pada masa yang dijadualkan.
  3. Tetapkan tarikh, waktu dan saluran untuk dirakam atau ditonton.
Tempoh rakaman berjadual hendaklah sekurang-kurangnya 1 minit.