Menggunakan ciri Utama LG webOS TV
Anda boleh membuka Skrin utama dengan menekan butang UTAMAUTAMA pada alat kawalan jauh anda.
Anda boleh menggabungkan aplikasi yang paling kerap digunakan dalam satu skrin dan menggunakan mana-mana yang anda mahu pada bila-bila masa.

Paparan UTAMAPaparan UTAMA

  1. Lancarkan Cari.
  2. Anda boleh menggunakan ciri TV yang lain sambil mendengar muzik.
    Ciri ini tersedia pada model tertentu sahaja.
  3. Anda boleh beralih kepada input lain atau menukar tetapan anda.
  4. Anda boleh menukar tetapan TV anda dengan mudah.
    Pilih Ikon Semua TetapanIkon Semua Tetapan untuk persediaan lanjutan.
  5. Tambahkan kandungan yang anda suka gunakan dengan mudah dan cepat.
    (Ciri ini tidak disokong di beberapa negara. Apabila anda memilih ciri ini, anda akan dibawa ke LG Content Store.)
  6. Dengan menambah saluran yang anda suka, anda boleh menyemak maklumat saluran dan menonton saluran yang dikehendaki dengan mudah dan cepat.
  7. Ini ialah senarai aplikasi yang baru digunakan. Tekan dan tahan dengan butang Roda (OK) atau pilih butang Terkini di bawah. Anda boleh menjalankan atau keluar dari semua aplikasi yang anda gunakan baru-baru ini.
  8. Anda boleh menjalankan, mengalihkan dan memadamkan aplikasi yang dipasang pada TV anda.
Menggunakan Senarai Terkini
Tekan dan tahan item yang anda jalankan baru-baru ini skrin Utama atau pilih butang Terkini di bawah.
Anda juga boleh menekan dan menahan butang UTAMAUTAMA pada alat kawalan jauh.
Anda boleh menjalankan atau keluar dari semua aplikasi yang anda gunakan baru-baru ini.

Senarai terkiniSenarai terkini

  1. Keluar dari aplikasi.
Menguruskan Aplikasi
Anda boleh melihat senarai semua aplikasi yang dipasang pada TV anda, menukar kedudukan atau memadamnya.

Menguruskan aplikasiMenguruskan aplikasi

  1. Pilih aplikasi yang anda mahu edit, tekan dan tahan butang Roda (OK) pada Alat Kawalan Jauh.
    Ini akan mengaktifkan mod edit aplikasi.
  2. Untuk mengalih aplikasi ke kedudukan yang dikehendaki, pergi ke kedudukan dan tekan butang Roda (OK).
    Untuk memadam aplikasi, pilih ikon Padam AplikasiPadam Aplikasi di atas aplikasi.
    Anda boleh mengalih dan memadam aplikasi sebanyak mana yang anda mahu sebelum keluar dari mod edit.
    Anda juga boleh mengalihkan aplikasi dengan butang KiriKiri / KananKanan pada alat kawalan jauh anda.
  3. Apabila anda telah selesai mengedit, klik SELESAI untuk keluar dari mod edit aplikasi.
Sesetengah aplikasi tidak boleh diedit.
Menghentikan fungsi semasa
  1. Tekan butang UTAMAUTAMA pada alat kawalan jauh.
  2. Pilih nama aplikasi pada penjuru kiri atas skrin dengan menggunakan Alat Kawalan Jauh untuk memaparkan ikon Tutup.
  3. Pilih ikon Tutup yang dipaparkan bersebelahan nama aplikasi untuk keluar dari fungsi yang digunakan.

TutupTutup