Memainkan audio melalui pembesar suara dalaman TV
[Ciri ini hanya tersedia untuk model dengan pembesar suara TV terbina dalam.]
HOME Tetapan Bunyi Bunyi Keluar Pembesar Suara Dalaman TV
Audio dimainkan melalui pembesar suara dalaman TV.
Memainkan audio melalui peranti audio luaran yang disambungkan kepada port optik digital atau port HDMI (ARC)
HOME Tetapan Bunyi Bunyi Keluar Audio Keluar (Optik/HDMI ARC)
Audio TV dimainkan melalui peranti audio luaran yang disambungkan kepada port optik digital atau port HDMI (ARC). Dayakan SIMPLINK untuk memainkan audio melalui HDMI (ARC).
Jika anda memilih Tutup ketika SIMPLINK didayakan, tetapan audio keluar akan dikembalikan kepada tetapan lalai bagi memastikan keluaran audio tanpa gangguan.
Mengkonfigurasikan tetapan bunyi digital keluar
HOME Tetapan Bunyi Bunyi Keluar Audio Keluar (Optik/HDMI ARC) Bunyi Digital Keluar
Anda boleh mengkonfigurasikan tetapan Bunyi Digital Keluar.
Tetapan ini tersedia hanya apabila peranti audio luaran (optik digital atau HDMI ARC)/Pembesar suara dalaman TV + peranti audio luaran (optik digital) dipilih.
Input Bunyi Bunyi Digital Keluar
Automatik MPEG
Dolby Digital
Dolby Digital Plus
HE-AAC
DTS
PCM
Dolby Digital
Dolby Digital
Dolby Digital
DTS
PCM Semua PCM
Menyambungkan dan Menggunakan Peranti Audio yang Menyokong Penyegerakan Bunyi LG (Optik)
[Hanya tersedia untuk model dengan port digital optik sahaja.]
HOME Tetapan Bunyi Bunyi Keluar Penyegerakan Bunyi LG (Optik)
Anda boleh menyambungkan peranti audio yang menyokong Penyegerakan Bunyi LG (Optik) kepada port output audio digital optik untuk menikmati bunyi TV anda dalam kualiti yang lebih kaya dan keselesaan yang lebih besar.
Anda boleh menggunakan alat kawalan jauh TV untuk melaraskan kelantangan peranti yang bersambung.
Menggunakan Fon Kepala Berwayar
[Fungsi ini tersedia pada model atau negara tertentu sahaja.]
HOME Tetapan Bunyi Bunyi Keluar Fon Kepala Berwayar
Bunyi adalah output melalui fon kepala disambungkan kepada port fon telinga/fonkepala.
Jika anda menyambungkan fon kepala berwayar semasa TV dihidupkan, ia akan mengesan fon kepala berwayar secara automatik dan mengubah hala audio melaluinya.
Memainkan audio melalui pembesar suara dalaman TV dan peranti audio luaran serentak
[Ciri ini hanya tersedia untuk model dengan pembesar suara TV terbina dalam.] Audio boleh dimainkan melalui berbilang peranti serentak.
Menggunakan Pembesar Suara Dalaman TV + Fon Kepala Berwayar
[Fungsi ini tersedia pada model atau negara tertentu sahaja.]
HOME Tetapan Bunyi Bunyi Keluar Pembesar Suara Dalaman TV + Fon Kepala Berwayar
Audio dimainkan melalui pembesar suara dalaman TV dan Fon Kepala Berwayar serentak.
Jika anda menyambungkan fon kepala berwayar semasa TV dihidupkan, ia akan mengesan fon kepala berwayar secara automatik dan mengubah hala audio melaluinya.
Menggunakan Pembesar Suara Dalaman TV + Audio Out (Optikal)
HOME Tetapan Bunyi Bunyi Keluar Pembesar Suara Dalaman TV + Audio Out (Optikal)
Audio akan dimainkan melalui pembesar suara TV terbina dalam dan peranti audio yang bersambung pada port output audio optik digital serentak.