Untuk menyambung rangkaian
Sambungan wayarles atau berwayar diperlukan untuk menggunakan ciri-ciri Smart.
Sambungan rangkaian satu klik
Bersambung dengan mudah ke rangkaian berwayar / wayarles.
HOME Tetapan Rangkaian Sambungan Rangkaian untuk bersambung ke rangkaian tersedia secara automatik. Ikuti gesaan pada TV.
Untuk bersambung ke rangkaian melalui Setkan Pakar
HOME Tetapan Rangkaian Sambungan Rangkaian
Untuk digunakan dalam keadaan tertentu seperti dalam pejabat (dalam keadaan IP statik digunakan).
  1. Pilih sambungan rangkaian, sama ada berwayar atau wayarles.
  2. Apabila menyambung melalui Wi-Fi, gunakan salah satu kaedah sambungan rangkaian yang berikut.
Senarai AP Menyambung kepada rangkaian yang dipilih daripada Senarai AP.
Masukkan SSID Menyambung kepada AP wayarles yang ditaipkan.
WPS-PBC Menyambung dengan mudah apabila butang AP wayarles yang menyokong PBC ditekan.
WPS-PIN Menyambung dengan mudah apabila PIN bagi AP wayarles yang anda ingin sambungkan dimasukkan ke laman web AP.
Untuk menggunakan fungsi Wi-Fi Direct
HOME Tetapan Rangkaian Wi-Fi Langsung
Wi-Fi Langsung ialah fungsi yang membolehkan TV anda bersambung dengan peranti Wi-Fi Direct tanpa sambungan Internet. Dengan Media Saya, anda boleh menonton fail yang disimpan pada peranti yang disambungkan melalui Wi-Fi Langsung.
  1. Dayakan tetapan Wi-Fi Direct pada peranti yang anda ingin sambungkan.
  2. Senarai peranti yang boleh disambungkan ke TV dipaparkan.
  3. Pilih peranti untuk disambungkan.
  4. Pilih Ya, apabila mesej permintaan sambungan dipaparkan.
  5. Jika peranti yang anda ingin sambungkan menerima permintaan itu, Wi-Fi Langsung disambungkan.
Menetapkan rangkaian - amaran
Gunakan kabel LAN standard (Cat5 atau lebih tinggi dengan penyambung RJ45, port LAN 10 Base-T atau 100 Base TX).
Menetapkan semula modem anda boleh menyebabkan masalah sambungan rangkaian. Untuk menyelesaikan masalah, matikan kuasa, putuskan sambungan dan sambung semula, kemudian hidupkan semula kuasa.
LG Electronics tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah sambungan Internet atau sebarang kesilapan, malfungsi dan ralat yang disebabkan oleh sambungan rangkaian.
Sambungan rangkaian mungkin tidak berfungsi dengan baik bergantung pada pembekal perkhidmatan Internet.
Modem DSL diperlukan untuk perkhidmatan DSL; modem kabel diperlukan untuk perkhidmatan kabel. Hanya beberapa sambungan rangkaian mungkin tersedia dan tetapan rangkaian TV mungkin tidak tersedia bergantung pada kontrak anda dengan Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) anda. (Jika hanya satu peranti dibenarkan bagi satu talian dan PC telah disambungkan, peranti lain tidak boleh digunakan.)
Rangkaian wayarles boleh tertakluk kepada gangguan daripada peranti lain yang beroperasi pada frekuensi 2.4 GHz (telefon wayarles, peranti Bluetooth atau ketuhar gelombang mikro). Mungkin terdapat juga gangguan daripada peranti yang mempunyai frekuensi 5 GHz, sama seperti peranti Wi-Fi yang lain.
Persekitaran wayarles di sekeliling boleh menyebabkan perkhidmatan rangkaian wayarles berjalan dengan perlahan.
Jika anda tidak mematikan keseluruhan rangkaian rumah tempatan, masalah trafik rangkaian mungkin berlaku pada sesetengah peranti.
Untuk sambungan AP, peranti pusat akses yang menyokong sambungan wayarles adalah diperlukan dan ciri sambungan wayarles mesti didayakan pada peranti. Hubungi penyedia perkhidmatan anda berkaitan ketersediaan sambungan wayarles pada pusat akses anda.
Semak SSID dan tetapan keselamatan AP untuk sambungan AP. Rujuk kepada dokumentasi untuk SSID yang betul dan tetapan keselamatan AP.
Tetapan tidak sah pada peranti rangkaian (berwayar / pengongsi talian wayarles, hub) boleh menyebabkan TV berjalan perlahan atau tidak beroperasi dengan betul. Pasang peranti dengan betul berpandukan manual yang betul dan tetapkan rangkaian.
Kaedah sambungan mungkin berbeza bergantung pada pengeluar AP.