Menggunakan Aplikasi Alat Kawalan Jauh TV LG
Anda boleh mengawal saluran TV, kelantangan, dll. dari jauh dengan menggunakan aplikasi yang dipasang pada peranti pintar anda.
- Muat turun aplikasi LG TV Plus daripada Google Play Store.
Imbas kod QR untuk memuat turun aplikasi. (Untuk Android sahaja)

- Tekan butang
pada alat kawalan jauh dan pilih
di bahagian atas penjuru kanan skrin. - Pergi ke
Rangkaian dan tetapkan LG Connect Apps kepada Hidupkan. - Sambungkan TV dan peranti pintar anda dengan rangkaian Wi-Fi yang sama.
- Lancarkan aplikasi LG TV Plus pada peranti pintar anda.
- Ketik butang Mula untuk mengimbas TV yang boleh disambungkan kepada peranti pintar anda.
- Pilih TV yang anda mahukan daripada senarai hasil carian. Kod PIN akan muncul pada skrin TV.
- Masukkan kod PIN dalam aplikasi LG TV Plus agar peranti pintar anda berpasangan dengan TV.
- Anda boleh ketik butang pada skrin peranti pintar anda untuk mengawal TV.
Skrin dan kefungsian aplikasi tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal.
Fungsi-fungsi ini memerlukan sambungan rangkaian.
Fungsi-fungsi yang disokong mungkin berbeza bergantung pada negara.