Memainkan audio melalui pembesar suara dalaman TV


BunyiBunyi KeluarPembesar Suara Dalaman TV Audio dimainkan melalui pembesar suara dalaman TV
Memainkan audio melalui peranti audio luaran yang disambungkan kepada port optik digital atau port HDMI (ARC)


BunyiBunyi KeluarAudio Keluar (Optik/HDMI ARC) Audio TV dimainkan melalui peranti audio luaran yang disambungkan kepada port optik digital atau port HDMI (ARC). Dayakan SIMPLINK untuk memainkan audio melalui HDMI (ARC).
Jika anda memilih Matikan ketika SIMPLINK didayakan, tetapan audio keluar akan dikembalikan kepada tetapan lalai bagi memastikan keluaran audio tanpa gangguan.
Mengkonfigurasikan tetapan bunyi digital keluar


BunyiBunyi KeluarAudio Keluar (Optik/HDMI ARC)Bunyi Keluar Digital Anda boleh mengkonfigurasikan tetapan Bunyi Keluar Digital.
Tetapan ini tersedia hanya apabila peranti audio luaran (optik digital atau HDMI ARC)/Pembesar suara dalaman TV + peranti audio luaran (optik digital) dipilih.
| Input Bunyi | Bunyi Digital Keluar | |
| Automatik | MPEG | PCM |
| Dolby Digital | Dolby Digital | |
| Dolby Digital Plus | Dolby Digital | |
| HE-AAC | Dolby Digital | |
| DTS | DTS / PCM | |
| DTS Express | PCM | |
| DTS-HD MA | PCM / DTS | |
| PCM | Semua | PCM |
Menyambung dan menggunakan peranti audio yang menyokong Penyegerakan Bunyi LG
Anda dengan mudahnya boleh menikmati audio TV yang lebih langsing dengan menyambungkan peranti audio LG yang mempunyai logo
.
. Menyambung kepada port optik digital


BunyiBunyi KeluarLG Sound Sync (Optik) Sambungkan peranti audio LG kepada port audio keluar optik digital.
Hanya tersedia untuk model dengan port optik digital.
Anda boleh menggunakan alat kawalan jauh TV untuk melaraskan kelantangan peranti yang bersambung.
Menggunakan peranti audio luaran (keluaran audio)/fon kepala


BunyiBunyi KeluarAudio Keluar (Talian Keluar) / Fon Kepala Pilih Fon Kepala atau Audio Keluar (Talian Keluar) untuk mengoptimumkan output audio mengikut peranti yang bersambung.
Beberapa model mungkin menyokong fungsi Fon Kepala sahaja.
Jika anda menyambungkan fon kepala semasa TV dihidupkan, ia akan mengesan fon kepala secara automatik dan mengubah hala audio melaluinya.
Fungsi ini tersedia pada model atau negara tertentu sahaja.
Memainkan audio melalui pembesar suara dalaman TV dan peranti audio luaran serentak
Audio boleh dimainkan melalui berbilang peranti serentak.
Menggunakan Pembesar Suara Dalaman TV + Fon Kepala


BunyiBunyi KeluarPembesar Suara Dalaman TV + Fon Kepala Audio dimainkan melalui pembesar suara dalaman TV dan Fon Kepala serentak.
Jika anda menyambungkan fon kepala semasa TV dihidupkan, ia akan mengesan fon kepala secara automatik dan mengubah hala audio melaluinya.
Fungsi ini tersedia pada model atau negara tertentu sahaja.
Anda boleh menyelaraskan kelantangan fon kepala dengan Alat Kawalan Jauh Skrin.
Menggunakan Pembesar Suara Dalaman TV + Audio Keluar


BunyiBunyi KeluarPembesar Suara Dalaman TV + Audio Keluar (Optik) Audio akan dimainkan melalui pembesar suara TV terbina dalam dan peranti audio yang bersambung pada port output audio optik digital serentak.