Menggunakan SmartShare
Sambung ke peranti storan USB, rangkaian rumah, dll. melalui SmartShare untuk menikmati foto, muzik dan video pada TV anda.
Anda boleh mendapatkan kandungan yang anda kehendaki dengan mudah dengan menavigasi melalui struktur folder pada peranti yang disambungkan.
  1. Tekan HOME button on the remote control dan pilih My App button pada bahagian kanan bawah skrin.
  2. Mulakan aplikasi SmartShare.
  3. Pilih peranti yang dikehendaki. Pilih fail atau folder.

  1. : Menyegar semula senarai peranti yang disambungkan.

  1. DivX icon : Mendaftarkan atau melepaskan DivX.
    Anda boleh melihat kod pendaftaran DivX yang diperlukan untuk main balik video DivX yang dilindungi DRM.
    Daftarkan TV anda di http://vod.divx.com. Dengan menggunakan kod pendaftaran, anda boleh menyewa atau membeli filem di www.divx.com/vod.
    Jika anda menggunakan kod pendaftaran DivX untuk peranti lain, anda tidak boleh memainkan video yang anda beli atau sewa pada TV anda. Sila gunakan kod pendaftaran DivX yang diberikan untuk produk ini.
    Fail yang tidak ditukar mengikut standard codec DivX boleh mengakibatkan audio/video rosak apabila dimainkan balik atau mungkin tidak dapat dimainkan sama sekali.
  2. : Anda boleh melihat kandungan mengikut jenis.
Sehingga 1,000 fail kandungan dipaparkan dalam folder ini.
Melihat Foto
Anda boleh menikmati foto dalam skrin penuh.
  1. Tekan HOME button on the remote control dan pilih My App button pada bahagian kanan bawah skrin.
  2. Mulakan aplikasi SmartShare.
  3. Pilih peranti yang dikehendaki.
  4. Pilih foto yang anda kehendaki dan nikmatilah.
    Tekan di bahagian atas skrin dan pilih Foto. Anda boleh melihat foto mengikut jenis.

Play Photo on SmartShare

  1. Anda boleh melihat senarai.
  2. Anda boleh mengawal fungsi main balik foto asas.
  3. Anda boleh memperbesarkan foto.
Memainkan Balik Video
Anda boleh mengawal main balik dan menetapkan pilihan semasa main balik video.
  1. Tekan HOME button on the remote control dan pilih My App button pada bahagian kanan bawah skrin.
  2. Mulakan aplikasi SmartShare.
  3. Pilih peranti yang dikehendaki.
  4. Pilih video yang anda kehendaki dan nikmatilah.
    Tekan di bahagian atas skrin dan pilih Video. Anda boleh melihat video mengikut jenis.
Anda boleh menyambung semula main balik fail video yang anda telah mulakan.

Play Video on SmartShare

  1. Anda boleh melihat senarai.
  2. Anda boleh mengawal fungsi main balik video asas.
  3. Anda boleh menetapkan pilihan lanjutan.
Amaran untuk Main Balik Video
Sesetengah sari kata ciptaan pengguna mungkin tidak dipaparkan dengan betul.
Fail video dan sari kata hendaklah diletakkan dalam folder yang sama. Untuk membolehkan sari kata dipaparkan dengan betul, fail video dan sari kata mesti mempunyai nama yang sama.
Sari kata pada peranti NAS (Network Attached Storage - Storan Bersambung Rangkaian) mungkin tidak disokong bergantung pada pengilang dan model.
Strim termasuk Global Motion Compensation (GMC) dan Quarterpel Motion Estimation (Qpel) tidak disokong.
Profil HEVC Main10 mungkin tidak disokong bergantung pada model tersebut.
Saiz fail yang boleh dimainkan mungkin berbeza bergantung pada keadaan pengekodan.
Hanya Window Media Audio V7 dan ke atas disokong.
Profil AAC Main tidak disokong.
Fail video yang dicipta oleh sesetengah pengekod mungkin tidak boleh dimainkan.
Fail video dalam format berbeza daripada yang ditentukan mungkin tidak boleh dimainkan dengan betul.
Fail video yang disimpan pada peranti storan USB yang tidak menyokong Kelajuan Tinggi mungkin tidak boleh dimainkan dengan betul.
TV menyokong codec audio DTS ketika main balik fail video USB/HDMI.
Memainkan Muzik Latar Belakang
Mulakan SmartShare untuk menikmati muzik.
Anda boleh mengawal main balik dan menetapkan pilihan semasa main balik muzik.
  1. Tekan HOME button on the remote control dan pilih My App button pada bahagian kanan bawah skrin.
  2. Mulakan aplikasi SmartShare.
  3. Pilih peranti yang dikehendaki.
  4. Pilih muzik yang anda kehendaki dan nikmatilah.
    Tekan di bahagian atas skrin dan pilih Muzik. Anda boleh melihat muzik mengikut jenis.

Play Music on SmartShare

  1. repeat music : Mainkan satu lagu tanpa pengulangan. / : Mainkan semua lagu berulang-ulang. / : Mainkan satu lagu sahaja berulang-ulang.
  2. play music in random : Anda boleh mendengar muzik dalam urutan rawak. / : Anda boleh mendengar muzik dalam urutan.
Anda juga boleh mengawal main balik dengan Rewind button, Play button, Fast forward Button pada alat kawalan jauh biasa.
Format Fail Yang Disokong
Format Fail Foto yang Disokong
Sambungan Format Resolusi
.jpeg, .jpg, .jpe JPEG Minimum: 64 x 64
Maksimum: Jenis Biasa: 7680 (W) x 4320 (H) / Jenis Progresif: 1920 (W) x 1440 (H)
.png PNG Minimum: 64 x 64
Maksimum: 5760 (W) x 5760 (H)
.bmp BMP Minimum: 64 x 64
Maksimum: 1920 (W) x 1080 (H)
Format Fail Video Yang Disokong
Kadar pemindahan data maksimum:
Sari kata Luaran yang disokong:
Sari kata Terbenam yang disokong:
Codec Video Yang Disokong
Sambungan Codec
.asf
.wmv
Video Profil VC-1 Advanced (WMVA dikecualikan), Profil VC-1 Simple dan Main
Audio Standard WMA (Pertuturan WMA v1/ WMA dikecualikan), WMA 9 Profesional
.divx
.avi
Video DivX3.11, DivX4, DivX5, DivX6, XViD (kecuali GMC 3 titik leding), H.264/AVC, Motion Jpeg, MPEG-4
Audio MPEG-1 Layer I, II, MPEG-1 Layer III (MP3), Dolby Digital, LPCM, ADPCM, DTS
.mp4
.m4v
.mov
Video H.264/AVC, MPEG-4, HEVC
Audio AAC, MPEG-1 Layer III (MP3)
.3gp
.3g2
Video H.264/AVC, MPEG-4
Audio AAC, AMR-NB, AMR-WB
.mkv Video MPEG-2, MPEG-4, H.264/AVC, VP8, HEVC
Audio Dolby Digital, PCM, DTS, MPEG-1 Layer I, II, MPEG-1 Layer III (MP3), AAC
.ts
.trp
.tp
.mts
Video H.264/AVC, MPEG-2, HEVC
Audio MPEG-1 Layer I, II, MPEG-1 Layer III (MP3), Dolby Digital, Dolby Digital Plus, AAC, PCM
.mpg
.mpeg
.dat
Video MPEG-1, MPEG-2
Audio MPEG-1 Layer I, II, MPEG-1 Layer III (MP3)
.vob Video MPEG-1, MPEG-2
Audio Dolby Digital, MPEG-1 Layer I, II, DVD-LPCM
.rm
.rmvb
Video RV30, RV40
Audio Realaudio6(cook), AAC LC, HE-AAC
Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.
Format Fail Muzik Yang Disokong
Sambungan Item Butiran
.mp3 Kadar bit 32 Kbps - 320 Kbps
Frekuensi sampel 16 KHz - 48 KHz
Sokongan MPEG1, MPEG2
Saluran Mono, stereo
.wav Kadar bit -
Frekuensi sampel ~384 kHz
Sokongan PCM
Saluran Mono, stereo
.ogg Kadar bit 64 Kbps - 500 Kbps
Frekuensi sampel 8 kHz - 48 kHz
Sokongan Vorbis
Saluran Mono, stereo
.wma Kadar bit ~1.5 Mbps
Frekuensi sampel 8 kHz-48 kHz
Sokongan WMA
Saluran Sehingga 6 saluran
Bilangan saluran yang disokong mungkin berbeza bergantung pada frekuensi sampel.