Untuk melihat imej 3D
Pengimejan 3D adalah teknologi yang menggunakan sedikit perbezaan pada mata kiri dan kanan untuk menjadikan imej di TV kelihatan sama seperti ruang 3 dimensi yang sebenar.
- Mainkan tajuk imej 3D atau beralih ke rancangan 3D.
- Hidupkan lalu pakai cermin mata 3D.
- Tekan butang
untuk bertukar ke pengimejan 3D. - Untuk menamatkan pemaparan imej
, tekan butang 3D pada alat kawalan jauh semasa melihat imej 3D.
Bergantung pada isyarat input, jenis 3D yang ada mungkin berbeza.
Untuk melaraskan butiran imej 3D
Tetapan GAMBAR Tetapan 3D
Melaraskan pelbagai aspek pengimejan 3D.
| Mod 3D | Menyediakan kedalaman 3D yang sesuai.
|
| Pengezuman Bunyi 3D | Menyediakan bunyi dioptimum 3D. |
| Pengecaman Corak 3D | Bertukar kepada skrin 3D secara automatik dengan menganalisis corak skrin asal. |
| Paparan Imej Normal | Kesan 3D dikeluarkan dan meninggalkan imej 2D. |
| Pembetulan Imej 3D | Menukar imej kiri / kanan video 3D. |
| Wizard 3D | [Ciri ini tersedia pada model tertentu sahaja.] Mengoptimumkan mod 3D dengan menu Wizard 3D. |
Melihat imej 3D - amaran
Apabila melihat imej 3D, penonton disyorkan untuk mengekalkan jarak sekurang-kurangnya dua kali ganda panjang pepenjuru skrin.
Jika format siaran 3D di masa hadapan yang tidak disokong oleh TV ini menjadi standard, anda mungkin memerlukan peranti tambahan seperti peti atas set.
Menggunakan cermin mata 3D - amaran
Jangan gunakan cermin mata 3D sebagai ganti untuk cermin mata pembetulan, cermin mata hitam atau gogal perlindungan anda sendiri. Penggunaan cermin mata 3D yang salah boleh menyebabkan kecederaan mata.
Jangan simpan cermin mata 3D di dalam keadaan yang ekstrem. Pendedahan terhadap suhu yang teramat tinggi atau rendah boleh mengubah bentuk kanta. Jangan gunakan cermin mata yang telah rosak.
Jangan kenakan tekanan terhadap cermin mata 3D atau mengenakan sebarang impak terhadapnya. Mengendalikan cermin mata 3D dengan kasar boleh merosakkannya.
Kanta cermin mata 3D (dengan filem pengutub) mudah terdedah kepada calar. Hanya gunakan kain yang lembut dan bersih untuk membersihkannya. Kain yang kotor boleh mencalarkan filem pengutub.
Jangan calarkan permukaan kanta cermin mata 3D dengan objek yang tajam atau bersihkannya dengan bahan kimia. Jika permukaan kanta tercalar, imej 3D mungkin tidak akan dipaparkan dengan betul.