SETTINGS GAMBAR Nisbah Aspek
Memilih nisbah aspek skrin.
16:9 Mengubah saiz imej untuk muat dalam lebar skrin.
Hanya mengimbas Memaparkan imej video dalam saiz asal tanpa mengeluarkan bahagian-bahagian pinggir imej.
  • Dalam mod DTV, Komponen, HDMI dan DVI (melebihi 720p), Hanya Imbas adalah tersedia.
Asal Apabila TV anda menerima isyarat skrin lebar, ia akan secara automatik bertukar kepada format gambar yang disiarkan.
Lebar Penuh Apabila TV menerima isyarat skrin lebar, ia akan membenarkan anda melaraskan gambar secara mendatar atau menegak, dalam perkadaran linear, untuk mengisi keseluruhan skrin sepenuhnya. Video 4:3 dan 14:9 disokong dalam skrin penuh tanpa sebarang herotan video menerusi input DTV.
  • Dalam mod DTV, Lebar Penuh tersedia.
4:3 Mengubah saiz imej kepada standard 4:3 sebelumnya.
14:9 Anda boleh melihat format gambar 14:9 atau rancangan TV umum dalam mod 14:9. Skrin 14:9 dipaparkan dalam cara yang sama seperti dalam 4:3, tetapi digerakkan ke atas dan ke bawah.
Zum Mengubah saiz imej agar muat dalam lebar skrin. Bahagian atas dan bawah imej mungkin terpotong.
Zum Pawagam Pilih Zum Pawagam apabila anda ingin membesarkan gambar dalam perkadaran yang betul.
Semasa melihat peranti luaran, kes-kes ini boleh menyebabkan pembakaran imej: Berhati-hati semasa menggunakan fungsi ini.
Mod gambar yang tersedia mungkin berbeza bergantung kepada isyarat input.
Nisbah aspek skrin pada HDMI-PC atau input RGB-PC tersedia dalam 4:3 dan 16:9 sahaja. (Hanya untuk model yang menyokong sambungan rangkaian PC)