Jika gejala berikut berlaku, sila jalankan pemeriksaan dan pelarasan yang diterangkan di bawah. Mungkin tiada pincang tugas berlaku.
Masalah pengendalian
|
Tidak dapat menonton saluran tertentu.
|
- Laraskan lokasi atau orientasi antena.
- Simpan saluran yang anda ingin tonton menggunakan Penalaan Auto atau Edit Rancangan.
|
|
Terdapat kelewatan selepas TV dihidupkan sebelum imej kelihatan sepenuhnya.
|
- Ini adalah biasa. Sebarang kelewatan adalah disebabkan proses pemadaman imej yang membersihkan hingar imej yang mungkin berlaku apabila TV mula-mula dihidupkan.
|
Masalah imej
SETTINGS Sokongan Pelanggan Ujian Gambar
[Ciri ini tersedia pada model tertentu sahaja.]
Jalankan Ujian Gambar terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa output isyarat imej adalah normal.
Jika imej ujian tidak bermasalah, periksa peranti luaran yang disambung dan isyarat siaran.
|
Imej daripada saluran sebelumnya atau saluran lain masih kekal atau skrin memaparkan garisan yang menjengkelkan.
|
- Laraskan orientasi antena kepada pemancar TV, atau rujuk manual untuk mendapatkan arahan mengenai cara menyambungkan antena.
|
|
Garis horizontal /vertikal yang bergetar dan corak jaring ikan muncul seketika.
|
- Ini mungkin disebabkan oleh gangguan elektronik yang kuat. Jika ini sebabnya, matikan sebarang telefon mudah alih, pengering rambut atau gerudi elektrik.
|
|
Paparan skrin membeku atau tidak berfungsi dengan betul semasa siaran digital.
|
- Ini mungkin berlaku kerana isyarat yang lemah atau penerimaan yang tidak stabil. Laraskan orientasi antena dan sambungan kabel.
- Jika kekuatan atau kualiti isyarat adalah rendah pada Penalaan Manual, semak dengan stesen TV atau pejabat pentadbiran.
|
|
Siaran digital tidak tersedia walaupun kabel disambungkan.
|
- Semak dengan operator kabel yang menyediakan langganan anda dan/atau isyarat. (Bergantung pada langganan anda, siaran digital mungkin tidak disokong.)
|
|
Paparan adalah tidak aktif atau tidak jelas apabila disambungkan kepada sumber HDMIⓇ.
|
- Semak spesifikasi kabel HDMIⓇ. Jika kabel HDMIⓇ anda bukan yang tulen, imej mungkin tenggelam timbul atau tidak dipaparkan dengan betul.
- Pastikan semua kabel disambungkan dengan kukuh. Apabila sambungan tidak kukuh, imej mungkin tidak dipaparkan dengan betul.
|
|
Tidak berfungsi dengan peranti storan USB.
|
- Sahkan bahawa versi peranti dan kabel USB adalah 2.0 atau lebih tinggi.
|
Masalah bunyi
SETTINGS Sokongan Pelanggan Ujian Bunyi
[Ciri ini tersedia pada model tertentu sahaja.]
Jalankan Ujian Bunyi terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa output isyarat bunyi adalah normal.
Jika bunyi ujian tidak bermasalah, periksa peranti luaran yang disambungkan dan isyarat siaran.
|
Paparan skrin adalah aktif tetapi bunyi tidak kedengaran.
|
- Semak saluran TV lain.
- [Ciri ini tersedia pada model tertentu sahaja.] Pastikan bahawa Pembesar suara TV ditetapkan pada Buka.
|
|
Bagi siaran analog, stereo tidak jelas atau bunyi keluar dari satu pembesar suara sahaja.
|
- Di kawasan penerimaan yang kurang baik (kawasan dengan isyarat lemah atau tidak stabil) atau jika Multi Audio tidak stabil, pilih MONO pada AUDIO.
- Laraskan Imbangan menggunakan Butang Navigasi.
|
|
Bunyi TV tidak selaras dengan imej atau bunyinya terputus-putus dari semasa ke semasa.
|
- Jika isu ini menjejaskan saluran TV tertentu sahaja, ia mungkin disebabkan oleh masalah pada isyarat siaran pada stesen tersebut. Tanyakan kepada stesen TV atau operator kabel anda.
|
|
Kelantangan berubah apabila saya menukar saluran.
|
- Kelantangan mungkin berbeza-beza antara saluran yang berlainan.
- Tetapkan Kelantangan Auto kepada Buka.
|
|
Pada rancangan tertentu tiada bunyi langsung, atau hanya muzik latar belakang yang kedengaran (pada rancangan yang dibuat untuk penonton luar negara).
|
- Pada Bahasa, tetapkan Bahasa(Language) Bahasa Audio kepada bahasa pilihan anda.
|
|
Tiada bunyi apabila disambungkan kepada sumber HDMIⓇ / USB.
|
- Pastikan bahawa kabel HDMIⓇ adalah kabel berkelajuan tinggi.
- Periksa sama ada peranti dan kabel USB adalah versi 2.0 atau lebih tinggi.
- Hanya gunakan fail muzik (*mp3) biasa.
|
Masalah sambungan PC (Hanya untuk model yang menyokong sambungan PC)
|
Paparan skrin tidak muncul selepas menyambung kepada komputer.
|
- Pastikan komputer dan TV disambungkan dengan betul.
- Periksa sama ada resolusi ditetapkan dengan betul untuk input PC.
- Untuk menggunakan TV sebagai monitor kedua, semak sama ada desktop atau komputer riba yang disambung menyokong paparan dwimonitor.
|
|
Tiada bunyi selepas menyambungkan komputer dengan kabel HDMI.
|
- Tanyakan pengilang kad video anda untuk memastikan ia menyokong output suara HDMI. (Kad video dalam format DVI memerlukan sambungan kabel bunyi yang berasingan.)
|
|
Apabila disambungkan ke komputer, paparan terpotong sebahagiannya atau beranjak ke tepi.
|
- Tetapkan resolusi untuk menyokong input PC. (Jika ini tidak berfungsi, but semula komputer.)
|
Menghadapi masalah memainkan semula filem dalam Media Saya
[Ciri ini tersedia pada model tertentu sahaja.]
|
Saya tidak dapat melihat fail dalam Senarai Filem.
|
- Semak sama ada fail pada peranti storan USB boleh dibaca pada komputer.
- Semak sama ada sambungan fail adalah disokong.
|
|
Fail tak sah. Mesej ralat di atas muncul. Bunyi, video atau sari kata tidak normal.
|
- Pastikan bahawa fail dimainkan semula secara normal pada pemain video komputer. (Semak kalau-kalau terdapat fail yang rosak.)
- Periksa sama ada Media Saya menyokong fail tersebut.
|
Untuk mendapatkan maklumat tentang meminta perkhidmatan, rujuk pada menu berikut.
[Ciri ini tersedia pada model tertentu sahaja.]
SETTINGS Sokongan Pelanggan Makl. Produk/P'khidmtn