Untuk melihat imej 3D
Pengimejan 3D ialah teknologi yang menggunakan perbezaan penglihatan antara mata kiri dan kanan untuk menjadikan imej pada TV kelihatan sama seperti ruang tiga dimensi yang sebenar.
  1. Mainkan filem imej 3D atau beralih kepada program 3D.
  2. Pakai cermin mata 3D.
  3. Tekan butang This is the 3D button on the Magic Motion remote control. untuk bertukar kepada pengimejan 3D.
  4. Untuk menamatkan pemaparan imej 3D, tekan butang This is the 3D button on the Magic Motion remote control. pada alat kawalan jauh semasa melihat imej 3D.
Bergantung pada isyarat input, jenis 3D yang ada mungkin berbeza.
Untuk melaraskan butiran imej 3D
This is the Home button on the Magic remote control. Tetapan GAMBAR Tetapan 3D
Melaraskan pelbagai aspek pengimejan 3D.
Mod 3D Menyediakan kedalaman 3D yang sesuai.
  • Kedalaman 3D : Melaraskan kedalaman 3D antara objek dan latar belakang.
  • Sudut Pandangan 3D : Melaraskan imej 3D lebih dekat / jauh dari pengguna.
Pengezuman Bunyi 3D Menyediakan bunyi dioptimum 3D.
Paparan Imej Normal Kesan 3D dialih keluar mengekalkan imej 2D.
Pembetulan Warna 3D Membetulkan warna imej 3D.
  • Bergantung pada model, Pembetulan Warna 3D mungkin tidak tersedia.
Pembetulan Imej 3D Menukar imej kiri / kanan video 3D.
Melihat imej 3D - amaran
Apabila melihat imej 3D, penonton disyorkan untuk mengekalkan jarak sekurang-kurangnya dua kali ganda panjang pepenjuru skrin.
Imej 3D mungkin tidak dapat dilihat dengan betul dengan cermin mata jenis pengatup yang memerlukan pengecasan semula.
Jika format siaran 3D di masa hadapan yang tidak disokong oleh TV ini menjadi standard, anda mungkin memerlukan peranti tambahan seperti peti atas set.
Menggunakan cermin mata 3D - amaran
Jangan gunakan cermin mata 3D sebagai ganti untuk cermin mata pembetulan, cermin mata hitam atau gogal perlindungan anda sendiri. Penggunaan cermin mata 3D yang salah boleh menyebabkan kecederaan mata.
Jangan simpan cermin mata 3D di dalam keadaan yang ekstrem. Pendedahan terhadap suhu yang teramat tinggi atau rendah boleh mengubah bentuk kanta. Jangan gunakan cermin mata yang telah rosak.
Jangan kenakan tekanan terhadap cermin mata 3D atau mengenakan sebarang impak terhadapnya. Mengendalikan cermin mata 3D dengan kasar boleh merosakkannya.
Kanta cermin mata 3D (dengan filem pengutub) mudah terdedah kepada calar. Gunakan kain yang lembut dan bersih sahaja untuk membersihkannya. Kain yang kotor boleh mencalarkan filem pengutub.
Jangan calarkan permukaan kanta cermin mata 3D dengan objek yang tajam atau bersihkannya dengan bahan kimia. Jika permukaan kanta tercalar, imej 3D mungkin tidak akan dipaparkan dengan betul.