Apakah mod Dual Play?
Apabila anda bermain permainan perang 1:1 dengan konsol permainan, seperti Playstation, XBox dan Wii, pengguna biasanya memainkannya dengan skrin dibahagi dua sama ada atas dan bawah, atau sebelah-menyebelah.
Dengan mod Dual Play, setiap pemain boleh menikmati permainan dengan skrin penuh.
Untuk bermain dalam mod Dual Play, cermin mata Dual Play (jenis A dan B) adalah diperlukan.
Jika model anda tidak disertakan dengan cermin mata Dual Play, sila belinya secara berasingan.
Memulakan Dual Play
  1. Sambungkan konsol permainan ke TV anda.
  2. Pilih This is the Home button on the Magic remote control. APLIKASI SAYA Dual Play. Mod Dual Play bermula.
  3. Pakai cermin mata Dual Play untuk menikmati permainan.
  4. Mod Dual Play akan dimatikan apabila anda memilih This is the Home button on the Magic remote control. APLIKASI SAYA Dual Play semasa ia hidup.
Pilih Mod skrin pisah (Sebelah-menyebelah / Atas & Bawah) yang disokong oleh permainan. Jika pilihan Mod skrin pisah tidak disokong oleh permainan yang hendak anda mainkan, mod Dual Play tidak tersedia.
Permainan sepatutnya menyokong mod Skrin pisah untuk dimainkan dalam mod Dual Play.
Jika skrin tidak kelihatan cukup jelas dengan cermin mata Dual Play, pemain-pemain boleh menukar cermin mata antara satu dengan lain. Anda hendaklah memilih cermin mata yang betul mengikut jenis operasi Dual Play.
Untuk menetapkan menu permainan, matikan mod Dual Play.
Imej tertentu mungkin kelihatan bertindih semasa bermain permainan. Anda disyorkan agar bermain permainan dengan menghadap bahagian tengah skrin.
Apabila konsol permainan mempunyai resolusi rendah, kualiti gambar mungkin tidak bagus dalam mod Dual Play.
Gambar pada skrin hanyalah dalam 2D dalam mod Dual Play.
Amaran Ketika Menggunakan Cermin Mata Dual Play
Sila ambil perhatian bahawa cermin mata Dual Play adalah berbeza dengan cermin mata biasa 3D. Terdapat tanda "Dual Play" tertulis pada cermin mata Dual Play.
Jangan gunakan cermin mata Dual Play sebagai cermin mata biasa, cermin mata hitam atau gogal perlindungan. Jika anda lakukan juga, kecederaan mungkin berlaku.
Jangan simpan cermin mata Dual Play dalam keadaan terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika anda lakukan juga, keherotan mungkin berlaku. Jangan gunakan cermin mata yang telah herot.
Jangan jatuhkan cermin mata Dual Play atau membenarkannya tersentuh objek lain. Ini boleh merosakkan produk tersebut.
Kanta cermin mata Dual Play (filem pengutub) amat mudah tercalar. Gunakan kain lembut yang bersih ketika membersihkannya. Debu-debu asing pada kain boleh menyebabkannya tercalar.
Jangan calarkan permukaan kanta cermin mata Dual Play dengan objek yang tajam atau mengesatnya dengan bahan kimia. Jika kanta tercalar, imej mungkin tidak kelihatan normal ketika menonton Dual Play.
Mod Sokongan Dual Play [FHD]
Input Isyarat Resolusi Frekuensi Mendatar (kHz) Frekuensi Vertikal (Hz)
Komposit 480i 720 x 480 15.73 60
576i 720 x 576 15.625 50
Komponen 480i 720 x 480 15.73 60
480p 720 x 480 31.50 60
576i 720 x 576 15.625 50
HDMI / Komponen 720p 1280 x 720 45 60
37.5 50
1080i 1920 X 1080 33.75 60
28.125 50
1080p 1920 X 1080 67.50 60
56.250 50
27 24
33.75 30
Mod Sokongan Dual Play [ULTRA HD ]
Input Isyarat Resolusi Frekuensi Mendatar (kHz) Frekuensi Vertikal (Hz)
Komposit 480i 720 x 480 15.73 60
576i 720 x 576 15.625 50
Komponen 480i 720 x 480 15.73 60
480p 720 x 480 31.50 60
576i 720 x 576 15.625 50
HDMI / Komponen 720p 1280 x 720 45 60
37.5 50
1080i 1920 X 1080 33.75 60
28.125 50
1080p 1920 X 1080 67.50 60
56.250 50
27 24
33.75 30
HDMI 2160p 3840 x 2160 53.95 23.976
54 24
56.25 25
61.43 29.97
67.5 30
Beberapa model mungkin tidak menyokong input Komposit / Komponen.
Format Dual Play yang Disokong : Sebelah-menyebelah / Atas & Bawah