Memasang Aplikasi
Anda boleh menggunakan akaun LG anda untuk memasang pelbagai aplikasi pada TV anda.

- Tekan butang
pada alat kawalan jauh dan pilih
di bahagian bawah penjuru kanan skrin. - LG Content Store dilancarkan.
- Pilih kategori daripada senarai kategori seperti Apps & Games atau Premium. Senarai aplikasi yang tersedia dalam kategori yang dipilih akan ditunjukkan.
- Pilih aplikasi yang hendak dibeli daripada senarai.
- Baca butiran aplikasi dan kemudian tekan Pasang.
Untuk aplikasi berbayar, harganya ada ditunjukkan pada skrin. Pengesahan pembayaran dan pembelian diperlukan untuk membuat pembelian. - Apabila pemasangan selesai, anda boleh jalankan aplikasi dengan serta-merta. Anda boleh melihat semua aplikasi yang dipasang pada TV anda. Tekan butang
pada alat kawalan jauh dan pilih
di bahagian bawah penjuru kanan skrin.
Kategori yang tersedia mungkin berbeza bergantung pada negara atau status perkhidmatan.
Anda boleh membeli aplikasi/kandungan pada PC atau TV anda, tetapi ia hanya boleh dipasang dan dimainkan pada TV.
Jika storan pada TV anda tidak mencukupi, anda boleh memasang aplikasi dengan menyambungkan peranti memori luaran.
Pemacu USB yang mengandungi aplikasi daripada TV lain tidak boleh digunakan.
Menonton Kandungan VOD
[Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.]
Anda boleh menonton drama, filem dan banyak lagi dengan serta merta dengan penstriman masa nyata.
Anda boleh menonton drama, filem dan banyak lagi dengan serta merta dengan penstriman masa nyata.
- Tekan butang
pada alat kawalan jauh dan pilih
di bahagian bawah penjuru kanan skrin. - LG Content Store dilancarkan.
- Pilih kategori daripada senarai kategori seperti Rancangan TV atau Filem. Senarai kandungan yang tersedia dalam kategori yang dipilih akan ditunjukkan.
- Pilih suatu item daripada senarai.
- Baca butiran kandungan dan kemudian tekan Tonton sekarang.
- Pilih pilihan main balik. Aplikasi tertentu mungkin diperlukan untuk memainkan kandungan dengan pilihan main balik yang dipilih. Jika ia tidak terpasang, pasangkan aplikasi tersebut untuk membolehkan kandungan dimainkan.
- Untuk aplikasi berbayar, pengesahan pembayaran dan pembelian akan diperlukan.
- Kandungan akan dimainkan menggunakan pilihan yang dipilih.
Kategori yang tersedia mungkin berbeza bergantung pada negara atau status perkhidmatan.
[Ciri ini tersedia pada model 3D sahaja.] Sesetengah kandungan 3D hanya boleh ditonton pada TV yang khusus dibeli untuknya.
Pengesahan umur dewasa akan diperlukan untuk membeli dan memainkan kandungan dewasa.