Menggunakan SIMPLINK
Anda dengan mudah boleh mengawal dan menggunakan pelbagai peranti multimedia yang disambungkan melalui HDMI dengan alat kawalan jauh TV.
  1. Sambungkan port Output HDMI SIMPLINK kepada port HDMI IN TV menggunakan kabel HDMI.
  2. Tekan butang HOME pada alat kawalan jauh dan pilih Setting icon di bahagian kanan atas.
  3. Pergi ke Advanced Settings iconUmum dan pilih SIMPLINK.
  4. Tetapkan SIMPLINK kepadaHidupkan.
  5. Konfigurasikan tetapan Syncronasi Kuasa Automatik kepada Hidupkan atau Matikan. (Jika Penyegerakan Kuasa Auto ditetapkan kepada Hidupkan, menghidupkan peranti yang bersambung dengan SIMPLINK akan menghidupkan TV. Apabila anda mematikan TV, peranti ini juga akan dimatikan.)
  6. Hidupkan peranti yang bersambung. Apabila TV disambungkan kepada peranti secara automatik, pertukaran input akan berlaku.
    Jika peranti tidak disambungkan secara automatik kepada TV, klik butang Input.
Ciri ini hanya dapat berfungsi pada peranti dengan logo SIMPLINK logo . Pastikan terdapat logo SIMPLINK pada peranti luaran.
Mungkin akan terdapat masalah untuk menggunakan peranti sekiranya peranti itu tidak memenuhi spesifikasi yang diperlukan.
Kabel kelajuan tinggi HDMI® dengan fungsi CEC (Kawalan Elektronik Pengguna) diperlukan untuk menggunakan SIMPLINK. Pin 13 pada kabel kelajuan tinggi HDMI® digunakan untuk pemindahan data antara peranti-peranti berbeza.
Jika anda ingin menyalurkan bunyi kepada peralatan audio luaran yang disambungkan melalui kabel HDMI, tetapkan SIMPLINK kepada Hidupkan.
Fungsi SIMPLINK yang Disokong
Main Serta-merta
Apabila anda memulakan peranti multimedia, anda boleh terus menonton kandungan daripada peranti di TV tanpa perlu mengawal apa-apa.
Mengawal peranti dengan alat kawalan jauh TV
Membolehkan pengguna mengawal peranti multimedia dengan alat kawalan jauh TV untuk menonton kandungan yang dikehendaki.
Fungsi penunjuk Alat Kawalan Jauh Magik mungkin terbatas.
Mematikan Kuasa Utama
Jika Penyegerakan Kuasa Auto ditetapkan kepada 'On' dalam tetapan SIMPLINK, mematikan TV anda akan mematikan semua peranti yang bersambung dengan SIMPLINK.
Menghidupkan Kuasa Utama
Jika Penyegerakan Kuasa Auto ditetapkan kepada 'On' dalam tetapan SIMPLINK, menghidupkan peranti yang bersambung dengan SIMPLINK akan menghidupkan TV.