Menggunakan Voice Mate
Voice Mate membolehkan anda mencari rancangan dan kandungan dan menjalankan pelbagai ciri LG webOS TV menggunakan suara anda.
- Tekan butang
pada Alat Kawalan Jauh Magik. - Sebut operasi yang anda mahu apabila tetingkap paparan maklumat Voice Mate dibuka di penjuru kanan bawah skrin TV seperti yang ditunjukkan di bawah. Teks yang anda sebut dipaparkan pada skrin dan menjalankan ciri Voice Mate.



- Apabila operasi ciri selesai, satu senarai hasil akan muncul seperti yang ditunjukkan di bawah. Pilih hasil yang anda mahu atau cari lagi dengan menekan butang
pada Alat Kawalan Jauh Magik.

Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.
Anda mesti menetapkan Bahasa Pengecaman Suara bagi negara yang dipilih untuk menggunakan Voice Mate.
Ciri yang tersedia menggunakan Voice Mate
Anda boleh mengakses pelbagai ciri TV menggunakan Voice Mate.
| TONTONAN TV |
| Merakam rancangan atau menukar saluran dan kelantangan, cth., "Kelantangan atas/bawah." / "Pergi ke saluran OOO (Nombor)." / "Pergi ke OOO (Nama saluran)." |
| TATARAJAH |
| Menukar isyarat input kepada peranti berkaitan TV atau menatarajah TV, cth., "HDMI1" / "Tetapan Gambar" / "Tetapan Bunyi" / "Pemasa Tidur" |
| PINTASAN |
| Mendayakan aplikasi yang dipasang pada TV, cth., "Panduan TV" / "Maklumat Rancangan" / "YouTube" / "Penyambung Peranti" |
| CARI RANCANGAN TV |
| [Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.] Mencari rancangan siaran atau memaparkan maklumat rancangan, cth., "Mencari saluran sukan." / "Apa drama lipur lara yang ditayangkan pada hujung minggu." / "Cari drama lipur lara bagi OOO (Pelakon lelaki)." |
| CARI VIDEO |
| [Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.] Mencari atau mencadangkan kandungan yang anda mahu, cth., "Apa saja yang boleh ditonton." / "Carian YouTube bagi OOO (Tajuk filem)." |
| MENCARI MAKLUMAT |
| [Ciri ini tersedia di negara tertentu sahaja.] Mencari ramalan cuaca dan membenarkan anda melayari Internet, cth., "Mencari OOO (Kata carian) di Internet." / "Bagaimana cuaca di OOO (Bandar)?" |
Fungsi yang tersedia mungkin berbeza bergantung pada negara.
Untuk melihat hasil carian terdahulu, tekan butang
pada Alat Kawalan Jauh Magik pada tetingkap paparan maklumat Voice Mate.
pada Alat Kawalan Jauh Magik pada tetingkap paparan maklumat Voice Mate.Teks contoh mungkin berbeza dari ciri TV. Untuk melihat Panduan Suara pada ciri yang disokong, tekan semasa tetingkap paparan maklumat pengecaman suara dipaparkan.
Amaran menggunakan Voice Mate
Untuk menggunakan setiap fungsi Voice Mate, anda mesti menetapkan pilihan seperti rangkaian, saluran dan rantau. Jika tidak, Voice Mate akan dihadkan untuk penggunaan sebahagiannya.
Anda tidak boleh menggunakan ciri penukaran saluran pada saluran tertentu apabila rangkaian tidak disambungkan.
Apabila TV disambungkan ke rangkaian, anda mesti bersetuju kepada Terma Penggunaan bagi pengecaman suara untuk menggunakannya.
Bahasa Pengecaman Suara boleh ditukar dalam 

UmumBahasa (Language)Bahasa Pengiktirafan Suara.


UmumBahasa (Language)Bahasa Pengiktirafan Suara.Bergantung pada negara anda, Voice Mate boleh digunakan tanpa menetapkan rantau atau saluran.
Kadar pengecaman suara Voice Mate mungkin berbeza bergantung pada ciri pengguna (suara, sebutan, intonasi dan kelajuan) dan persekitaran (hingar dan kelantangan TV).
Untuk mempertingkatkan ketepatan pengecaman suara, anda mesti bercakap dengan jelas dan kuat, kira-kira 10 cm dari mikrofon Alat Kawalan Jauh Magik.
Jika suara anda tidak dicam dengan betul, Voice Mate mungkin tidak berfungsi dengan betul.
Apabila menggunakan Voice Mate pada Alat Kawalan Jauh Magik selepas menyambung kotak atas set ke LG webOS TV, anda dinasihatkan menuding Alat Kawalan Jauh Magik ke arah kotak atas set selepas perintah suara dicam.