Memainkan audio melalui pembesar suara dalaman TV


BunyiBunyi KeluarPembesar Suara Dalaman TV Audio dimainkan melalui pembesar suara dalaman TV.
Ciri ini hanya tersedia untuk model dengan pembesar suara TV terbina dalam.
Memainkan audio melalui peranti audio luaran yang disambungkan kepada port optik digital atau port HDMI (ARC)


BunyiBunyi KeluarAudio Keluar (Optik/HDMI ARC) Audio TV dimainkan melalui peranti audio luaran yang disambungkan kepada port optik digital atau port HDMI (ARC). Dayakan SIMPLINK untuk memainkan audio melalui HDMI (ARC).
Jika anda memilih Matikan ketika SIMPLINK didayakan, tetapan audio keluar akan dikembalikan kepada tetapan lalai bagi memastikan keluaran audio tanpa gangguan.
Mengkonfigurasikan tetapan bunyi digital keluar


BunyiBunyi KeluarAudio Keluar (Optik/HDMI ARC)Bunyi Keluar Digital Anda boleh mengkonfigurasikan tetapan Bunyi Keluar Digital.
Tetapan ini tersedia hanya apabila peranti audio luaran (optik digital atau HDMI ARC)/Pembesar suara dalaman TV + peranti audio luaran (optik digital) dipilih.
| Input Bunyi | Bunyi Digital Keluar | |
| Automatik | MPEG | PCM |
| Dolby Digital | Dolby Digital | |
| Dolby Digital Plus | Dolby Digital | |
| HE-AAC | Dolby Digital | |
| DTS | DTS / PCM | |
| DTS Express | PCM | |
| DTS-HD MA | PCM / DTS | |
| PCM | Semua | PCM |
Menyambung dan menggunakan peranti audio yang menyokong Penyegerakan Bunyi LG
Anda dengan mudahnya boleh menikmati audio TV yang lebih langsing dengan menyambungkan peranti audio LG yang mempunyai logo
.
. Menyambung kepada port optik digital


BunyiBunyi KeluarLG Sound Sync (Optik) Sambungkan peranti audio LG kepada port audio keluar optik digital.
Hanya tersedia untuk model dengan port optik digital.
Anda boleh menggunakan alat kawalan jauh TV untuk melaraskan kelantangan peranti yang bersambung.
Menyambung tanpa wayar


BunyiBunyi KeluarLG Sound Sync (Tanpa Wayar) Mana-mana bar bunyi atau peranti audio set kepala Bluetooth yang menyokong Penyegerakan Bunyi LG boleh disambungkan tanpa wayar.
Pilih Pilihan Peranti/Tunjukkan lebih banyak peranti untuk melihat peranti yang bersambung dan peranti yang tersedia untuk disambungkan.
Anda boleh menggunakan alat kawalan jauh TV untuk melaraskan kelantangan peranti yang bersambung.
Apabila menyambung tanpa wayar, jika sambungan peranti gagal, periksa kuasa peranti yang disambungkan dan pastikan peranti audio LG berfungsi dengan baik.
Apabila LG Sound Sync (Tanpa Wayar) dipilih, TV akan cuba bersambung secara automatik kepada Bar bunyi yang disambungkan sebelum ini.
Apabila LG Sound Sync (Tanpa Wayar) dipilih, TV secara automatik akan cuba menyambung kepada peranti yang terakhir disambungkan pada permulaan sistem.
Periksa jika "LG HBS / LG BTS1" termasuk dalam nama model bagi peranti yang anda gunakan.
Jika dua atau lebih peranti dikesan, peranti yang pertama dikesan akan disambungkan dahulu. Anda boleh menyambung kepada peranti lain dengan menekan Tunjukkan lebih banyak peranti.
Untuk sesetengah model, anda mesti menyambungkan anak kunci Wi-Fi/Bluetooth (disediakan sebagai aksesori atau dijual secara berasingan) untuk menggunakan fungsi ini.
Menggunakan Audio Keluar (Talian Keluar) / Fon Kepala Berwayar


BunyiBunyi KeluarAudio Keluar (Talian Keluar) / Fon Kepala Berwayar Pilih Fon Kepala Berwayar atau Audio Keluar (Talian Keluar) untuk mengoptimumkan output audio mengikut peranti yang bersambung.
Beberapa model mungkin menyokong fungsi Fon Kepala Berwayar sahaja.
Jika anda menyambungkan fon kepala berwayar semasa TV dihidupkan, ia akan mengesan fon kepala berwayar secara automatik dan mengubah hala audio melaluinya.
Fungsi ini tersedia pada model atau negara tertentu sahaja.
Memainkan audio melalui pembesar suara dalaman TV dan peranti audio luaran serentak
Audio boleh dimainkan melalui berbilang peranti serentak.
Ciri ini hanya tersedia untuk model dengan pembesar suara TV terbina dalam.
Menggunakan Pembesar Suara TV Dalaman + Fon Kepala Berwayar


BunyiBunyi KeluarPembesar Suara TV Dalaman + Fon Kepala Berwayar Audio dimainkan melalui pembesar suara dalaman TV dan Fon Kepala Berwayar serentak.
Jika anda menyambungkan fon kepala berwayar semasa TV dihidupkan, ia akan mengesan fon kepala berwayar secara automatik dan mengubah hala audio melaluinya.
Fungsi ini tersedia pada model atau negara tertentu sahaja.
Anda boleh menyelaraskan kelantangan fon kepala berwayar dengan Alat Kawalan Jauh Skrin.
Menggunakan Pembesar Suara Dalaman TV + Audio Keluar (Optik)


BunyiBunyi KeluarPembesar Suara Dalaman TV + Audio Keluar (Optik) Audio akan dimainkan melalui pembesar suara TV terbina dalam dan peranti audio yang bersambung pada port output audio optik digital serentak.
Memainkan bunyi melalui Bar Pembesar Suara TV


BunyiBunyi KeluarBar Pembesar Suara TV Anda boleh memainkan bunyi menggunakan bar bunyi TV.
Ciri ini tersedia hanya untuk model yang menyokong bar bunyi TV.
Memainkan bunyi melalui Bar Pembesar Suara TV + Fon Kepala Berwayar


BunyiBunyi KeluarBar Pembesar Suara TV + Fon Kepala Berwayar Anda boleh memainkan bunyi melalui bar bunyi TV dan Fon Kepala Berwayar pada masa yang sama.
Ciri ini tersedia hanya untuk model yang menyokong bar bunyi TV.