Menggunakan LG Photo Editor
Anda boleh mengedit syot skrin, foto yang diambil menggunakan kamera anda, atau imej yang disimpan dalam USB yang disambungkan.
  1. Tekan butang HOME pada alat kawalan jauh dan pilih My App button di bahagian bawah penjuru kanan skrin.
  2. LG Photo Editor dilancarkan.

LG Photo Editor

  1. Image saving button : Anda boleh menyimpan imej.
    Eraser button : Anda boleh memadam hiasan.
    Image decoration button : Anda boleh menghiasi foto anda dalam pelbagai alat dan pelekat.
    Image cutting button : Anda boleh membuat pelbagai bentuk dengan hanya memangkas bahagian yang diingini.
    Area Selection button : Anda boleh memilih kawasan yang anda ingin zum masuk, zum keluar atau putar.
    Image imports button : Anda boleh mengimport imej yang diingini.
  2. Menu hiding button : Anda boleh menyembunyikan menu.
Anda hanya boleh menggunakan ini dengan Alat Kawalan Jauh Magik.
Anda tidak boleh mengawal fungsi ini menggunakan butang Up / Down / Left / Right pada alat kawalan jauh.
Jika anda banyak menggunakan alat lukisan, TV akan menjadi lambat.
Apabila objek hiasan bertindih, objek itu akan diletakkan dalam susunan pelekat dan foto bermula dari lapisan teratas.
Anda tidak boleh mengimport imej yang lebih besar daripada 2MB.
Ciri penangkapan imej pada produk ini disediakan untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial. Sebarang penggunaan komersial imej berhak cipta yang diekstrak menggunakan ciri penangkapan imej ini mungkin merupakan pelanggaran hak cipta dan boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah. LG menafikan dengan jelas sebarang tanggungjawab terhadap pengedaran atau penggunaan yang menyalahi undang-undang ke atas imej berhak cipta seumpamanya untuk tujuan komersial.